Blog Farah Sanusi

18 Dec 2017

Resepi Labu Sira Kelantan

Resepi Labu Sira Kelantan || Dah lama mengidam nak makan labu sira kelantan. Nak buat sira sendiri tapi susah nak cari labu saiz kecil. Tak kan lah nak buat saiz besar kan? Nanti makan berdua tak habis pula. 
Resepi Labu Sira Kelantan
Resepi Labu Sira Kelantan
Hujung minggu lepas, waktu ke pasar pagi, farah cari labu. Jumpa juga akhirnya labu. Nak kata saiz kecil tu tak lah kecil mana. Sederhana juga saiznya. Tapi boleh diterima lah. Hehe. 

Jadi lah labu sira minggu ni. Ada banyak juga lebih tak makan, farah simpan dalan peti lepas tu bawa sekali dengan bekal ke tempat kerja. Senang cerita hehe. 

Jom buat labu sira!

LABU SIRA KELANTAN


Bahan-bahan:
1 biji labu saiz kecil - buang kulit dan potong mengikut saiz yang sesuai. 
Air kapur
Gula secukupnya
Secubit garam
Daun pandan - potong panjang sejengkal

Cara-cara:

1. Rendam labu yang sudah dibuang kulit dan dipotong di dalam air kapur. Farah rendam 45 minit. Tujuan dia supaya labu agak keras dan tidak mudah hancur bila dimasak lama. Dah siap basuh labu semula.

2. Masukkan daun pandan ke dalam periuk. Susun labu diatas daun pandan tadi. kalau labu agak banyak dan susunan jadi berlapis, tabur gula di setiap lapis. 

3. Masukkan sedikit air. Tak perlu banyak. Masak labu tadi dengan menggunakan api kecil. 

4. Bila labu dah masak dan air gula agak pekat, boleh tutup api. 

Siap!
Resepi Labu Sira Kelantan
Resepi Labu Sira Kelantan

Farah tak ada sukatan untuk gula. Kalau nak manis letak banyak. Kalau tak suka manis letak sedang-sedang je. 

Selamat Mencuba!

Baca Sini:

Baca Selanjutnya »

17 Dec 2017

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri || Masakan yang farah tunggu-tunggu setiap kali pi kenduri mestilah ayam masak merah kenduri. Ada beza ke dengan ayam masak merah biasa?
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Sejujurnya ntah lah. Tapi farah selalu rasa ayam masak merah kenduri lebih sedap dan kurang pedas. Kalau tanya orang-orang tua, selalu farah dapat jawapan yang sama, 

“Letak sos tomato lebih”

Ha, jadi farah rasa tu lah bezanya dengan ayam masak merah biasa. Mungkin sebab tu farah suka ayam masak merah kenduri, farah memang suka sos tomato hihi. 

Resepi kali ini farah suka. Sedap makan puas hati. Farah makan menambah tau hehe. Cuba lah resepi ini. Tak rugi mencuba.

Jom buat ayam masak merah kenduri!

AYAM MASAK MERAH KENDURI

Resepi asal: ummizaidi

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - basuh dan potong kecil. Perap dengan garam kunyit kemudian goreng separuh masak.
2 @ 3 senduk cili kisar - kisar bersama bawang merah dan putih. farah guna 20 cili kering.
5 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
½ botol sos tomato saiz biasa
Gula
Garam
1 cawan air
1 bawang holland - hiris bulat
2 buah tomato - kerat 4
Nenas - kerat kecil

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih- ketuk’
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci halia - ketuk
2  batang serai- ketuk
1 kulit kayu manis
1 sudu kecil buah pelaga
2 kuntum bunga lawang


Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.

2. Masukkan bahan kisar tadi. Kacau. Kemudian masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga,  dan bunga lawang. Kacau. Masak sehingga naik minyak dan cili garing.

3. Masukkan air dan kacau.

4. Masukkan sos tomato. Masak sehingga kuah agak pekat.

5. Masukkan gula dan garam secukupnya.

6. Bila kuah semakin pekat, masukkan ayam dan bawang holland. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam masak. 

7. Masukkan tomato dan nenas. Kacau sebati.

8. Tambah air mengikut kepekatan yang perlu. Kalau dah cukup pekat, boleh tutup api. 

Siap!
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Oh sangat seddappppp! Tengah taip entri pun teringat-ingat hehe. Farah suka lauk ini. Rasanya hubby pun suka. Hubby lagi lah suka ayam masak merah. 

Selamat Mencuba!

Baca sini:
Baca Selanjutnya »

16 Dec 2017

Resepi Sotong Goreng Kunyit Simple

Resepi Sotong Goreng Kunyit Simple || Hari itu buka peti tengok sotong ada lagi belum habis di masak. Terfikir nak masak untuk farah memandang kan hubby tak suka sotong. Masak untuk seorang jadi tak banyak sangat lah. Jadi farah buat sotong goreng kunyit je. 
Resepi Sotong Goreng Kunyit Simple
Resepi Sotong Goreng Kunyit Simple
Ini pun bahan kat dalam peti tak banyak. Memang goreng sotong se-simple yang mungkin hehe. 

Jom masak sootong goreng kunyit!

SOTONG GORENG KUNYIT SIMPLE


Bahan-bahan:
Sotong untuk seorang makan - cuci dan potong. Terpulang lah nak potong bulat atau panjang macam farah.
1 Bawang holland saiz kecil- hiris bulat
2 bawang merah - tumbuk
1 bawang putih - tumbuk
Garam
Gula
Cili merah - hiris. Farah tak letak sebab tak ada.
Limau nipis

Cara-cara:

1. Perap sotong dengan kunyit dan garam. 

2. Panaskan minyak untuk menumis. 

3. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau. 

4. Masukkan sotong. Masak hingga sotong hampir masak.

5. Masukkan bawang holland. Kacau rata. 

6. Masukkan cili merah. Kacau.

7. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing-masing. 

8. Perah limau nipis selepas tutup api. Tak perlu letak kalau tak suka. Farah suka sedikit masam.

Siap!
Resepi Sotong Goreng Kunyit Simple
Resepi Sotong Goreng Kunyit Simple


Sotong goreng kunyit ini senang je. Tak perlu fikir panjang, tengok resepi bila nak masak hehe. Sukatan pun tak leceh sangat. 

Selamat mencuba!

Baca sini:


Baca Selanjutnya »

15 Dec 2017

Resepi Ayam Panggang Kari

Resepi Ayam Panggang Kari || Masakan ayam kalau panggang sebenarnya farah kurang gemar. Terutamanya bila ada barbeku. Selalu ayam tak masak. Luar hangus, hangit tapi dalam tak masak.  Tapi ayam panggang di rumah lain sedikit. Boleh panggang dengan oven, pemanggang biasa ataupun pemanggang ajaib. 

Resepi Ayam Panggang Kari
Ayam panggang yang kena dengan selera farah mestilah rangup di luar, dan masak sepenuhnya di dalam. Maksudnya dalam mesti masak sampai tulang rawan boleh makan. Ha, sampai macam tu sekali. 

Farah lebih suka gunakan pemanggang ajaib. Sebab biasanya masakan akan masak sekata, sepenuhnya dan tak hangit. Cuma satu sahaja yang farah tak suka bila guna pemanggang ajaib. Leceh nak basuh pemanggang tu hehe. Berat oiiii. Haha. 

Farah perasan bila guna pemanggang ajaib, jarang-jarang ayam jadi rangup di bahagian luar. Jadi apa yang farah buat? Farah masak dulu ayam tu macam biasa dengan pemanggang ajaib, bila dah masak sekata, farah buka penutup pemanggang tu, dan sambung panggang. Bila buat macam ini, farah perasan ayam akan lebih rangup, bahagian dalam pun masak sekata. 

Resepi kali ini ayam panggang kari. Resepi ini senang je, tapi farah rasa kurang jelas sedikit berkenaan yang digunakan. Sudu tak di nyatakan sudu besar atau kecil.  Dan farah rasa agak pekat adunan perapannya. Mungkin lain kali perlu cairkan lagi. 

Jom buat ayam panggang kari!

AYAM PANGGANG KARI

Resepi asal: hepymoments

Bahan-bahan:
2 biji perahan limau kasturi - farah guna limau nipis je.
1 ekor ayam belah 4 - boleh kelar supaya perapan lebuh menyerap
1 sudu garam - farah guna sudu kecil
1 sudu kunyit - farah guna sudu besar
2 sudu minyak masak - farah guna sudu besar
5 sudu rempah kari - farah guna sudu besar
2 sudu serbuk cili - farah tak letak

Cara-cara:

1. Campurkan perahan limau kasturi, garam, kunyit, minyak masak, rempah kari dan serbuk cili. Gaul sebati. 

2. Sapukan rata pada bahagian ayam. Kalau nak lagi sedap perap lebih lama. Farah perap 30 minit je. 

3. Panggang sehingga masak. 

Siap!

Resepi Ayam Panggang Kari
Senang kan? Cuba lah. Kalau nak sedap lagi, cicah dengan air asam. Pergh. Kecur air liur. 

Selamat Mencuba!

Baca sini:


Baca Selanjutnya »

14 Dec 2017

Resepi Nasi Goreng Campak

Resepi Nasi Goreng Campak || Hujung minggu yang lepas, farah masak nasi goreng untuk medina. Nak masak kat medina ini terhad sikit lah sebab tak boleh pedas langsung. Kalau pedas je dia jerit kuat-kuat haha. 
Resepi Nasi Goreng Campak
Resepi Nasi Goreng Campak
Penat juga fikir nak buat nasi goreng ape. Tak ada idea dah rasanya sebab macam selalu sagat buat nasi goreng hehehe. Akhir sekali farah buat je nasi goreng tak ada nama. Campak- campak bahan, siap hehe. 

Tanpa ku duga, hubby kata nasi goreng ini lah paling sedap kalau di bandingkan dengan nasi goreng yang farah buat sebelum ini. (Ya, hubby makan sekali nasi goreng medina hehe). 

Petang tu pulak farah dok cakap sorang-sorang nak masak apa untuk makan malam. Hubby terus menyampuk,

“Nak nasi goreng macam pagi tadi lah.”

Gitew sedapnya cewah hehe. Jadi malam tu goreng sekali lagi nasi goreng campak. Hehe. 

Jom buat nasi goreng campak!

NASI GORENG CAMPAK

Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi
3 biji bawang merah - tumbuk 
2 ulas bawang putih - tumbuk 
Kacang buncis/ panjang -hiris nipis
Dada ayam - potong dadu. perap dengan sedikit garam kunyit.
1 biji telur

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Pecahkan telur bila minyak dah panas. 

2. Kacau telur biar hancur. Ketepikan. 

3. Guna kuali yang sama juga, kalau tinggal sikit tambah minyak lagi. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 

4. Masukkan dada ayam. Masak sehingga ayam masak. 

5. Masukkan kacang buncis. Kacau rata dan masak sebentar. 

6. Masukkan nasi. Kacau rata. 

7. Masukkan gula garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Nasi Goreng Campak
Resepi Nasi Goreng Campak

Sebelum ini farah jarang tumbuk bawang bila buat nasi goreng. Selalu hiris je hehe. Sebab tu kot hubby kata sedap sikit? Ntah ler. Asalkan sedap sudah. 

Selamat mencuba!

Baca sini:
Baca Selanjutnya »

13 Dec 2017

Resepi Ayam Percik Merah

Resepi Ayam Percik Merah || Dua hari lepas farah ada cerita yang farah bawa bekal ayam percik kan? Ha, hari ini nak kongsi resepi ayam percik merah hehehe.
Resepi Ayam Percik Merah
Resepi Ayam Percik Merah
Ayam percik ada dua versi setahu farah. Putih dah merah. Farah lebih gemarkan versi putih. Tapi takut hubby tak suka pula kalau tak ada warna. Risau dia tak makan nanti. 

Ada juga farah tanya hubby, makan tak percik putih? Dia kata “kalau sedap dia makan”. Haha. Jawapan bahaya betul. Mana lah kita tau kita masak sedap ke tak. Baik masak je percik merah. 

Jom masak ayam percik merah!

AYAM PERCIK MERAH 


Bahan-bahan perapan:
1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia sebesar ibu jari*
sedikit garam

Bahan-bahan Kuah:
1 cawan santan cair*
4 batang serai*
halia sebesar ibu jari*
lengkuas sebesar ibu jari*
20 tangkai cili kering*
1 cawan air*
5 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 asam keping
100ml santan

Cara-cara perapan:

1. Tumbuk semua bahan perapan yang bertanda *. Tambah sedikit garam.

2. Kelarkan ayam supaya bahan perapan dapat menyerap lebih baik. Lumurkan bahan perapan tadi. Perap 1 jam. Kalau nak lebih sedap boleh perap lebih lama.

Cara-cara Kuah:

1. Ambil semua bahan kuah yang bertanda * dan kisarkan. 

2. Masak bahan yang telah dikisar di dalam periuk. Tambah asam keping, gula, dan garam. 

3. Bila sudah mendidih, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Masak hingga ayam separuh masak.

4. Keluarkan ayam, perap dengan kuah 1 jam.

5. Tambah santan di dalam lebihan kuah tadi. 

6. Bakar ayam yang diperap dengan kuah tadi sehingga masak. 

7. Hidangkan bersama kuah percik tadi.

Siap!
Resepi Ayam Percik Merah
Resepi Ayam Percik Merah

Farah bawa untuk bekal tengahari. Sedap!! Sampai tak cukup seketul ayam hehe. 

Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

12 Dec 2017

Resepi Apam Susu

Resepi Apam Susu || Hujung minggu biasanya farah cuba buat kek. Sebab kalau hari kerja masa agak suntuk, tak sempat nak masak untuk bekal dan kek sekali. Farah selalunya pilih kek yang tahan lama dan senang untuk dijadikan bekal makan hari kerja.
Resepi Apam Susu
Resepi Apam Susu
Teringat pula sebelum ini apam susu pernah viral. Farah ada buat juga untuk makan, tapi belum pernah simpan resepi apam susu.

Sekarang nak buat apam susu semula, kena google balik resepi. Farah pun tak pasti resepi sama atau tidak dengan resepi yang guna sebelum ini. 

Jom buat apam susu!


APAM SUSU

Resepi asal: daridapur

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalette
1 cawan gula halus
5 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
Pewarna

Cara-cara:

1. Masukkan telur, esen vanila, ovalette, dan gula halus ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat. Pukul sebentar.

3. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati. 

4. Asing kan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna. Ikut lah berapa bahagian yang suka.

5. Tuang ke dalam loyang pengukus, selang-selikan warna. 

6. Kukus selama 45 minit sehingga masak.

Siap!
Resepi Apam Susu
Resepi Apam Susu
Lepas siap boleh potong dan ngap hehe. Apam kalau makan panas-panas pun sedap.

Selamat mencuba!

Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign