homemade

AIR KOKTEL BUAH PALING SENANG DAN SEDAP

December 17, 2015

Assalamualaikum..

Sekarang ni cuaca kat langkawi panas kemain hot1 onion head. Kat umah pasang aircond tapi tak sejuk cam dalam aircond pon. Cukup-cukup tak bagi rase panas je. Tak pe lah kan. Bila dah panas laguni mula lah otak pikir nak minum ayaq sejuk crazy monkey 039 hehe.. Pikir punye pikir terlintas nak buat air koktel buah. 

Kat rumah dulu slalu buat air koktel buah bila ade kenduri @ raye @ bukak pose. Time bukak pose minum air koktel ni memang aaauuuuummmmmm~ kejap je licin. Adik beradik pulak ramai, mula lah dok berebut isi buah dalam air tu. 

Air koktel buah ni senang je nak buat. Omputeh cakap peanut je ni. Orang melayu lak cakap kacang je ni.  hehe. Cuba lah buat, minum sejuk-sejuk memang sedap. 

AIR KOKTEL BUAH (3-4 orang)
OLEH: Farah Sanusi

BAHAN-BAHAN
1 tin koktel buah campuran (air jangan buang)
1 tin susu cair (farah pakai 2 tin sebab nak buat banyak air)
1 paket sumi
air kosong secukupnya
gula jika perlu

CARA-CARA
1. Sediakan mangkuk @ bekas air besar. (mangkuk lebih senang).
2. Masukkan sumi


Bahan-bahan

sumi jenis pape pon tak pe
3. Masukkan 1 tin koktel buah bersama-sama air. Air buah dia bagi rasa manis jadi guna skali ye.


campur koktel buah
4. Masukkan susu cair dan air mengikut kepekatan yang kita suka. Kalau air banyak sangat nanti cair, tak berlemak dah rasa koktel ni. Jadi air tu bubuh sikit-sikit sambil rasa.


lepas masukkan susu cair

5. Masukkan gula kalau tak cukup manis. Tapi bancuh asing dulu gula ya.

*nak tambah nata de coco pon boleh. 

Boleh tambah ais dan hidang!! minum sejuk-sejuk sedap woo panda 35. Senang kan? Buat kat asrama pon boleh. Minum ramai-ramai.
Lupe nak ambil gambar dah hidang pasal tak sabar-sabar nak ngap. ha yang ni memang tak abes minum berdua. Sape suruh mengada buat banyak kan? panda 36hehe..


SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

@farahfarhanams

FOLLOW ME ON GOOGLE+

Google+ Friends