15 Dec 2015

AYAM MASAK MERAH SIMPLE TAPI SEDAP

Tengok tajuk pon dah terserlah ke-perasanan kan? uhuhuh onion headhahaha. Bukan sokmo nak perasan nih.

Okei resepi ayam masak merah ni farah cuba-cuba sendiri. Masa mula-mula kawen dulu memang bab-bab masak ni zero. Tak reti langsung sigh onion head. Yang ade cuma minat nak masak, rajin nak masak. 


Dulu masa kecik-kecik orang kata tak pandai masak tak leh kawen. Pfffftt meh onion head. Tipu ah.. Kite selamat je kawen. Siap terer giler bole masak lagi pas kawen. Kalau tak kawen agaknye sampai sudah tak blaja masak hehe. 

Jadi adik-adik, kakak-kakak, kawan-kawan yang belum kawen dan tak pandai masak tu jangan risau. Kalau ade orang tua cakap tak pandai masak tak leh kawen tutup je telinga macam nih not listening onion head kekeke. Untung-untung nanti kawen dapat laki terer masak, haaaaa hakak rilekrelax1 onion head je la depan tv bagi laki masak 

Haritu farah ada post resepi telur masak merah @ telur sambal kan? Haa yang tu resepi mertua farah. Resepi kali ni resepi yang farah sendiri. Resepi ni memang senang giler. Boleh kate farah punye to go resepi lah. Resepi ni boleh pakai untuk buat telur masak merah ke, udang masak merah ke, sotong masak merah ke, ikut suka lah. Semua pon bole.



AYAM MASAK MERAH
OLEH: Farah Sanusi

BAHAN-BAHAN
8-10 ketul ayam (siap potong dan goreng kunyit separuh masak)
1 biji bawang holland@merah besar (farah lebih suka bawang holland)
3 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
1 paket kecil cili boh 
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
garam
gula

CARA-CARA
1. Blendkan bawang holland, bawang merah kecil, bawang putih dan cili boh. Ketepikan
2. Panaskan minyak. Minyak farah tak suka letak banyak sebab tak suka kuah berminyak.Farah letak agak-agak cukup untuk menumis je. Bila minyak panas masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Goreng sekejap.
3. Masukkan bahan blend ke dalam kuali. Tumis sampai naik bau.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
5. Masukkan ayam yang siap di goreng, gaulkan biar sebati dengan kuah. Masak sampai ayam masak dan kuah menggelegak. tutup api, SIAP!


SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign