baking

CONGO BARS dan COKLAT DRIZZLE MENGANCAM

December 29, 2015

Assalamualaikum

Post yang sebelum ni farah ada post brownies kan? Farah buat brownies tu masa majlis merisik adik ipar farah. Ha, dalam masa yang sama jugak farah buat congo bars. 

Yang nak cuba resepi brownies kedut-kedut boleh tengok sini ye.

Congo bars ni pon first time buat macam brownies gak hehe. Memang dah lama teringin nak buat, tapi tak terbuat. Masa bagitau hubby nak buat congo bars dan brownies muka dia kedut-kedut kerut-kerut. hehe. Dua-dua pon dia tak kenal. Padahal dia penah makan je congo bars masa jamuan jabatan. Siap cakap sedap lagi. Pffthehe onion head. Tengok la orang laki, main hentam je makanan. Kita ni jadi detektif siap pi tanya nama, tanya resepi. Terpaksa lah google gambar tunjuk kat dia. Baru lah dia ingat. 

dengan coklat drizzle skali
Congo bars ni banyak variasi orang buat. ada orang letak coklat cip kat dalam adunan, coklat cincang pon ade. Atas congo bars pulak boleh tabur sesuka hati kita. Resepi asal ade letak nutella kat atas tapi farah tak nak letak. Kebanyakan resepi tabur coklat cip dan hirisan badam. Terpulanglah pada selera masing-masing. Farah buat kali ni farah letak coklat cip dalam adunan, tabur coklat cip kat atas (hubby ku hantu coklat cip keke) dan hias dengan coklat drizzle ehehe. Jadi kat sini farah bagi resepi coklat drizzle skali ye. 

CONGO BARS
Oleh: Farah Sanusi
Resepi asal: Jom belajar buat kek

Bahan-bahan
2 3/4 cawan  (315 gram) tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan (310 gram) gula perang (nak kurangkan ke 2 cawan pon boleh)
150 gram mentega
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
coklat cip secukupnya

Cara-cara
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Dalam bekas yang lain, pukul mentega dan gula perang.
3. Lepas dah sebati masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sampai sebati.
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung, baking powder dan garam sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
6. Masukkan coklat cip. Gaul.
7. Alaskan loyang dengan baking paper, gris sedikit dengan mentega.
8. Masukkan adunan kedalam loyang.
9. Tabur coklat cip di atas.
10. Bakar pada suhu 150c 30-40 minit bergantung pada oven. Oven mestilah dipanaskan terlebih dahulu.
11. Dah masak boleh drizzle dengan coklat drizzle diatas.

coklat cip di luar dan dalam
dan nak masak ni. masa ni bau dia sedap wooo

baru kuar oven


potong-potong and ready untuk drizzle


COKLAT DRIZZLE
Oleh: Farah Sanusi

Bahan-bahan
50gram coklat masakan
1/4 sudu kecil butter 

Cara-cara
1. Cairkan coklat masakan dengan teknik double boiler. Selepas coklat cair, masukkan butter. Kacau sebati.
2. Masukkan dalam piping bag dan hias sesuka hati

*coklat drizzle ni bila dah sejuk dia macam keras sikit, jadi drizzle masa suam sikit ye.


tapi lupe amek gambar coklat drizzle hehe

SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

@farahfarhanams

FOLLOW ME ON GOOGLE+

Google+ Friends