19 Dec 2015

HOMEMADE TAKOYAKI YANG SIMPLE DAN SENANG

Assalamualaikum

Resepi ni sebenarnya dah lama farah buat. Cuma baru teringat. Kat Langkawi macam tak jumpa orang jual takoyaki. Tak tau lah kalau ade kat mana-mana. Jadi bila teringin nak makan tu payah lah. Farah beli takoyaki pan ni kat lazada. Murah je RM70. Ada banyak kedai yang jual jadi pilih betul-betul sebelum beli. Kadang-kadang barang sama je, brand sama tapi sesetengah kedai jual mahal giler.

Gambar ni farah pernah post kat facebook dulu. Adik farah cakap pakai tepung takoyaki yang betul baru best. Kalau bancuh sendiri perasaan dia tak sama hehe (adikku cerewet evil smile onion head). Alah, nak cari tepung dia satu hal. Kita pakai je mana yang ada. Lagipun kalau kita dok tempat yang susah nak cari takoyaki memang buat sendiri lah senang. 

Resepi takoyaki ni farah ambil dari blog norlizaothman. Rase banyak kali jugak kami buat takoyaki ni lepas ade takoyaki pan hehe. Tapi bila makan selalu nanti muak pulak. Kalau peminat tegar memang makan tiap-tiap hari pon tak pe kot keke.

Farah buat simple je, takde bonito flakes, takde kobis seaweed ade tapi farah tak suke. Hubby makan lah seaweed. Buat je dengan barang yang ade kat umah.

RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)
OLEH: Farah Sanusi
RESEPI ASAL : norlizaothman

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 1/2 tbsp tepung jagung 
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam 
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.  
4. Sediakan bahan lain/inti pula.

BAHAN INTI 
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (Farah guna sosej sebab tu je ade dalam peti)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat (Farah tak letak)

CARA MASAK 
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang (farah guna tisu dapur dicelup dengan minyak)
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis.  
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Bila macam dah masak sikit, pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat 
(pakai lidi je)  
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing 
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

RESIPI SOS TAKOYAKI / OKONOMIYAKI

1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair (farah pakai kicap biasa)
1/4 cawan air asam jawa 
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk  mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)


BAHAN HIASAN ATAS 
Sos Takoyaki 
Mayonis Japanese – Farah pakai mayo biasa je
Ao-nori (serbuk seaweed) –farah hancurkan snek seaweed
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) – yang ni tak jumpa jadi tak letak

Cara hias 
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi

bila dah letak sume dalam takoyaki pan camni la

pastu pusing2 kasi bulat

dah siap hias sesuka ati


notakaki

Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit. 

SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040

8 comments:

  1. amboih ade jugak adikku cerewet hehe

    ReplyDelete
  2. Farah dah ada blog! Farah dah ada blog! Tahniah. Share banyak2 resepi k =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila beri tunjuk ajar pada noob ehehe..noreen pon ade blog dah

      Delete
  3. Hahaha...teringin la plak tgk takoyaki ara nih...slurppp

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. biasa beli je. saje lah teringin nak buat sendiri kadang2 hehe

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign