18 Dec 2015

ROTI BUN LEMBUT

Assalamualaikum

Hujung minggu ni tiba-tiba teringin nak cuba meroti. Farah sangat suka roti. Ni mesti ikut abah ni eheh. Buat roti ni susah. Dulu-dulu bila bulan puasa kat rumah, abah akan buat roti. Ada roti kismis, roti kurma etc. Tapi yang paling best roti yang abah buat adalah roti piza full onion head. Ha yang ni paling legend. Abah lah yang biasanya prepare sume skali dari bahan, menguli sampai masak. Tapi bila nak bubuh topping piza tu kami adik beradik biasanya menyibuk tolong. Piza yang abah buat ni kalau sampai bulan ramadhan je mesti teringin hehe. Dah dok jauh susah dah nak merasa desperate2 onion head


Okeh balik kat topik kita. 
Hari ni pagi-pagi bangun tido terus selongkar rak dapur cari barang nak buat roti. Niat di hati nak suruh hubby tolong uli lah. Kita tak larat nak menguli. Tapi hubby kena pi service keto plop doh. Terpaksa lah uli sendiri depressed2 onion head

Disebabkan tak pernah buat roti sendiri, perkara yang penting farah ingatkan diri sendiri adalah mesti ikut resepi 100% hehe. Farah jenis yang memandai jugak kadang-kadang, resepi cakap laguni kita buat lagutu. Pastu mula lah tak jadi kan? Jadi kali ni farah ikut resepi dia betul-betul.

Roti yang buat ni agak menjadi, tapi tak segebu roti bakery lah. Kire dalam 80% jadi lah. Farah dah ikut sukatan satu-satu dan cara-cara yang dia cakap. Uli pakai tangan angin tak masuk sangat dalam roti kah? Yang tu farah pon tak tau. Pastu roti macam berat sikit. Bila dah petang roti sedap lagi tapi dah keras. 

Untuk resepi ni, masa farah buat tu tak menjadi doh masa uli yang kali pertama. Jadi kena tambah tepung sikit. Mungkin farah tak pandai uli hehe.


cicah air susu @ gulai @ nutella sedap nih

Bila roti tak lembut ni mula lah depress desperate1 onion head haha. Tak suke betol bila baking tak menjadik. Ni yang trauma nak buat roti ni. Tapi tak pe. Next time try lagi tapi nak try resepi lain. Kalau malas sangat beli jek bread maker kekeke. 

Resepi ni farah ambil dari facebook jugak, macam biasa lah orang share resepi kan. Resepi asal dia tak ada nama tuan. Jadi tak tau lah sape empunya resepi ni. 

ROTI BUN LEMBUT
OLEH: Farah Sanusi
RESEPI ASAL: Facebook

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 paket yis/mauripan
1 telur
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil garam
8-10 sudu besar gula (farah guna 8 sudu dah manis)
2 sudu besar susu cair/pekat (farah pakai susu pekat)
Cara-cara
1. Campur tepung dan garam dalam 1 mangkuk besar. Buat lubang kat tengah-tengah macam gunung berapi kekeke
2. Ambil air panas campur gula. Gaul smpai larut. Pastu biar air tu jadi suam (kalau air panas nanti yis mati). Terus campur yis dlm air tu dan biarkan sampai berbuih. (5-10 minit)
3. Bila air yis berbuih, masukkan minyak, telur dan susu. Gaul kejap.
4. Masukkan semua campuran yis tadi ke dalam mangkuk tepung tadi. Dah boleh start uli. Uli smpai doh tidak melekat di mangkuk. 
Biarkan dalam tempat yang suam atau tutup mangkuk ngan kain. Biar dia naik 2 atau 3x ganda.

6. Ambil doh yang kembang tu, uli, uli dan uli.
7. Buat bulat-bulat kecil. Susun dalam loyang yang dah sapu sedikit minyak untuk mengelakkan roti melekat.
8. Biarkan dalam 30 minit untuk kembang skali lagi.
9. Sebelum bakar. Sapu sedikit susu cair atau telur. Boleh tabur cheese. 
10. Panaskan oven 220c dulu. Sebelum masuk bun tu turunkan suhu ke 180c. Masak la utk 10-15minit bergantung pada jenis oven
*Masuk oven jangan letak di tengah-tengah sebab nanti roti kembang dia akan dekat sangat dengan api atas. Letak bawah sikit jadi bila kembang roti masak sama rata

timer baru beli kena testing dulu

ni bila yis dah kembang

campuran tepung dan garam tu buat gunung berapi lagu ni

Bila dah susun dalam loyang dan dah kembang jadi camni. Nampak tak satu bun kecik cenonet? 

lepas sapu susu

bila dah keluar oven. keras sikit kat atas sebab dekat dengan api

Jeng jeng jeng~ Roti pertama ku siap!

SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign