14 Dec 2015

ROTI JALA LEMBUT GEBU GEBAS

Teringat masa kecil-kecil dulu, ade lah sorang cikgu lelaki ni memang pandai + rajin masak . Bujang lagi lah (sekarang kawen dah). Dia memang rapat dengan ummi farah yang mengajar kat skolah yang sama. Satu hari tu dia buat roti jala..fuuuhh..memang sedap sampai la ni boleh rasa  lagi kekeke.

Dulu time kecik-kecik memang ade try buat roti jala, tapi tak jadi..keras lah, berketul lah, pastu letak kunyit sbb nak bagi ade kaler kuning. Punye la tak pandai masak kan. Ni zaman-zaman tak kenal pewarna makanan. Bila dah sejuk roti jala tu jadi keras. Tak sedap dah nak makan bila sejuk 

Jadi pastu memang tak penah buat lah roti jala sebab rasa susah. Sampai lah terserempak dengan resepi dari Azie Kitchen ni. Resepi ni memang farah kasi thumbs up crazy monkey 022. Memang lembut dan senang nak buat. Nak buat kaler macam-macam pon boleh. 






Roti Jala
Oleh: Farah Sanusi
resepi asal : Azie kitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (Farah guna air dicampur sedikit susu segar)
Sedikit pewarna kuning (nak buat hijau ke, merah ke pink ke ikut suka lah)

Cara-cara:
1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati (farah pakai blender je senang). 
Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan senduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Farah pakai pemanggang ajaib belah yang smooth). Kuali biasa pun boleh tapi lagi senang pakai yang non stick. Kalau pekat tambah air lagi sampai boleh di jala.

2. Biarkan dalam beberapa saat (nampak mcm bahagian yang sentuh kuali masak). Farah tak balik dah, terus je angkat dan digulung. sebab kalau balik nanti jadi keras.



Dah siap boleh la cicah dengan Gulai Ayam. Tapi nak cicah dengan kuah ape tu terpulang pada lidah masing-masing. Cicah kuah durian pon sedap. 

Kalau nak cuba resepi Gulai Ayam farah boleh klik sini ye.



Mula-mula farah buat satu adunan je..hubby tengok dia ckp tak cukup untuk dia makan sebab nampak sikit..suruh kita buat dua adunan. last-last xlarat nak makan haha crazy monkey 001.

Masa menjala tu farah ter-jala byk. Jadi roti tu tebal lah bila dah gulung. Sebab tu cepat kenyang. Kalau nak cuba buat roti jala ni jangan jala tebal sangat ye. Roti jala yang sedang-sedang gemuk dia lagi sedap dari roti jala obese kekeke

SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040


No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign