15 Dec 2015

JAGUNG KUKUS

Sape suka jagung angkat tangan!

Kenapa jagung kukus bukan jagung rebus? Farah tak suka sangat jagung rebus, sebab bila rebus air jagung tu keluar, jadi rasa jagung tu dah kurang manis. Rebus lagi umph! Tak caye try kukus. 

Semalam puasa same-same ngan hubby. Petang lepas balik kerja tu hubby belikan jagung mentah 2 bijik. Dia tanya, 

"nak kukus satu ke dua?"

kite jawab,

"kukus je lah dua-dua. Nanti abang nak makan jugak tak cukup"

jadi hubby pon dengan baik hati kukus lah dua-dua bijik. Kan senang citer tak payah simpan dah yang mentah.

Bila sampai masa bukak pose farah amek la separuh crazy monkey 072, pastu lagi separuhcrazy monkey 072, pastu lagi separuhcrazy monkey 072 sampai separuh yang last skali baru tanya hubby,

"abang tak nak ke?"

"kenyang dah. tak nak. makan la."

kite pon ape lg makan perabih lacrazy monkey 086. hahaha. Sebenarnye hubby memang bukan suka sangat jagung. Kite saje je bagi alasan suh masak dua-dua sebab tak nak ngaku makan banyak kekecrazy monkey 190

oh jagung yang menawan


kbaicrazy monkey 192
Baca Selanjutnya »

AYAM MASAK MERAH SIMPLE TAPI SEDAP

Tengok tajuk pon dah terserlah ke-perasanan kan? uhuhuh onion headhahaha. Bukan sokmo nak perasan nih.

Okei resepi ayam masak merah ni farah cuba-cuba sendiri. Masa mula-mula kawen dulu memang bab-bab masak ni zero. Tak reti langsung sigh onion head. Yang ade cuma minat nak masak, rajin nak masak. 


Dulu masa kecik-kecik orang kata tak pandai masak tak leh kawen. Pfffftt meh onion head. Tipu ah.. Kite selamat je kawen. Siap terer giler bole masak lagi pas kawen. Kalau tak kawen agaknye sampai sudah tak blaja masak hehe. 

Jadi adik-adik, kakak-kakak, kawan-kawan yang belum kawen dan tak pandai masak tu jangan risau. Kalau ade orang tua cakap tak pandai masak tak leh kawen tutup je telinga macam nih not listening onion head kekeke. Untung-untung nanti kawen dapat laki terer masak, haaaaa hakak rilekrelax1 onion head je la depan tv bagi laki masak 

Haritu farah ada post resepi telur masak merah @ telur sambal kan? Haa yang tu resepi mertua farah. Resepi kali ni resepi yang farah sendiri. Resepi ni memang senang giler. Boleh kate farah punye to go resepi lah. Resepi ni boleh pakai untuk buat telur masak merah ke, udang masak merah ke, sotong masak merah ke, ikut suka lah. Semua pon bole.



AYAM MASAK MERAH
OLEH: Farah Sanusi

BAHAN-BAHAN
8-10 ketul ayam (siap potong dan goreng kunyit separuh masak)
1 biji bawang holland@merah besar (farah lebih suka bawang holland)
3 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
1 paket kecil cili boh 
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
garam
gula

CARA-CARA
1. Blendkan bawang holland, bawang merah kecil, bawang putih dan cili boh. Ketepikan
2. Panaskan minyak. Minyak farah tak suka letak banyak sebab tak suka kuah berminyak.Farah letak agak-agak cukup untuk menumis je. Bila minyak panas masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Goreng sekejap.
3. Masukkan bahan blend ke dalam kuali. Tumis sampai naik bau.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
5. Masukkan ayam yang siap di goreng, gaulkan biar sebati dengan kuah. Masak sampai ayam masak dan kuah menggelegak. tutup api, SIAP!


SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign