16 Dec 2015

MUFFIN CIP COKLAT SENANG DAN CEPAT

Hari ni puasa nazar. Bila puasa ni ade lah satu habit suka tengok and google-google gambar makanan ehehe. Banyak-banyak gambar dok google ni tertengok lah gambar muffin, cupcake, apam. teringin jugak lah nak buat muffin. Farah tak pernah lagi buat muffin dan cupcake. Apam kukus tu pernah lah. Sebabnye farah takut nak buat jenis-jenis kek yang kena pakai oven. Dulu banyak kali buat kek coklat bakar, memang tak penah jadi. Salah kat mane sampai sekarang tak tau. 

Jadi hari ni bertekad nak buat muffin. Jadi tak jadi ikut lah. Balik keje pas solat terus cek barang-barang cukup ke tak. Alhamdulillah cukup semua. Tengah sedap-sedap dok ayak tepung hubby balik keje. 


"buat ape ni?"

"errr..muffin cip coklat"

Pastu tak cakap pape terus pi tukar baju. Mai-mai semula kat dapur cakap nak tolong buat jugak hehe. Aauuu terharu ai. Bukan selalu tau orang nak tolong. Lagi-lagi baking. Maka hubby tolong lah prepare barang basah, farah prepare barang kering. Laju lah sikit kerja. 

Resepi asal muffin ni amek kat facebook. Orang dok share-share tapi tak de nama asal tuan punya. Jadi tuan punye resepi saya mintak halal ye. Muffin ni senang je buat. Dah masuk oven tu macam terkejut lak tengok setengah jam je preparation sume. Farah buat ni 1 bancuhan dapat 11 cup muffin. Tapi yang last tu tak penuh lah.

Nak lebih sedap letak banyak-banyak cip coklat. Pastu untuk resepi ni farah rase agak tawar. Mungkin sebab lidah ai lidah klate,terlebih manis. Next time nak tambah gula lebih kekeke. Rasa manis tu terpulang pada citarasa masing-masing. Kalau dah okay tak payah tambah dah gula.




MUFFIN CIP COKLAT/ CHOCOLATE CHIP MUFFIN
OLEH: Farah Sanusi
RESEPI ASAL: Facebook

BAHAN-BAHAN KERING
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam

BAHAN-BAHAN BASAH
1 cawan susu segar
1 biji telur
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
coklat cip banyak-banyak (untuk campur dalam bancuhan dan tabur)

CARA-CARA
1. Panaskan oven 170 C-180 C. 

2.  Campur tepung, serbuk koko, gula perang, baking powder, soda bikarbonat dan garam. Ayak dan ketepikan

3. Dalam bekas lain, campur susu, telur, minyak dan esen vanila. Kacau rata. 

4. Masukkan bahan yang sudah di ayak tadi ke dalam campuran bahan basah. Kacau guna senduk@spatula. Kacau tak perlu banyak sangat, kalau kacau terlebih nanti muffin akan jadi keras. Kacau kejap je ye asalkan sebati.

5. Masukkan coklat cip. Gaul rata.


bancuhan siap
6. Isikan ke dalam setiap bekas muffin 3/4 penuh. Taburkan coklat cip di atas banyak-banyak kasi meriah.


dah susun siap-siap cup

tapi dapat 11 cup je

isi 3//4 cup je sebab nanti dia naik membontot tinggi


7. Bakar 20 minit @ hingga masak mengikut oven masing-masing.


ni masa mula-mula masuk oven

dah lama sikit bontot mula muncul tapi belum complete


bila dah kuar oven macam ni lah

ini lah bontot yang complete

*masa mula-mula cakap kat hubby nak buat muffin, dia terbayang kan cream puff haha. sampai dok susun cup nak isi baru dia tau muffin tu ape.


SELAMAT MENCUBA!! crazy monkey 040
Baca Selanjutnya »

GERAI TEPI AIRPORT LANGKAWI (Langkawi International Airport)

Mari melawat Langkawi~ traveler cute cat

Ceewah ayat tak tahan. Promoter lah konon kan. Padahal mula-mula dapat post keje Langkawi ni depressbad luck crazy rabbitsetahun sebulan hahaha. Takpo, loni kito tok streh mano doh. Kita kena redha barulah kerja berkat halalan toyyiban..

Ape yang farah paling suka dok sini? Sini senang giler nak cari cendol bila teringin hehe. Tapi jangan menggatal teringin cendol tengah malam bute hokay.

Bila kawan-kawan sedare-mare mai jalan-jalan Langkawi farah akan suggest pi makan kat tepi airport ni. Sape yang dah try paham lah nape. Cendol pulut + mi kuah + bihun sup dagingcrazy monkey 203. haa, yang ni kami selalu order bila pi. Kadang-kadang campur pasembor skali.  Tapi pasembor dia biase je. Pasembor Penang lagi best ehehe. Kalau nak mi kuning dalam pasembor tu bole request je.

Cendol pulut sini memang mengancamcrazy monkey 022. Cendol dia lembut je, Bila masuk mulut terus caiyaq~ fuuuh. Sampai termimpi-mimpi gitu. Kecik-kecik dulu abah selalu beli cendol masa bulan puasa, tapi farah tak suka makan cendol tu. Tak tau lah nape. Jadi first time makan cendol sini terkejotcrazy monkey 202 ai. Sebab sedap giler hahaha.

Untuk penggemar laksa kedah, gerai-gerai kat sini pon ade jual. Ade yang buat 'laksa ikan sekoq'. Farah tak penah makan yang tu tapi kawan cakap ade sekor ikan lah dalam laksa tu. Farah suka laksa lemak ganu/klatecrazy monkey 039 dari laksa kedah jadi tak try lah. Laksa kedah makan sokmo doh.

Gerai-gerai sini ada banyak. Kalau masa korang pi try tu tak sedap maknanya salah pilih gerai lah tu. Ha pi lah try gerai lain hehe.. Ada satu gerai yang kami selalu makan, Dah biasa ngan gerai ni jadi tak pi try dah gerai lain. Nak habaq gerai mana pon tak reti pasal gerai sume berterabur. hehe.

cendol pulut + bihun sup + mi kuah + pasembor
*Dok post gambar makan ni mula lah perut berdentum dentam. Kena S.O.S hubby nak pi cari cendol


kbaibye1 onion head
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign