30 Dec 2015

JJCM: OZARAH CAFE, KOTA BHARU KELANTAN

Assalamualaikum

Bila balik Besut, memang wajib jalan-jalan kat Kelantan. Maklumlah dulu 5 tahun dok belajar kat Kelantan kan. Sebelum balik cuti mesti dok sibuk buat list tang mana nak pi makan. Tiap-tiap kali pon tempat wajib mesti:

1. Nasi kak wook
2. Restoran cikgu nasi ulam
3. Nasi bungkus pagi
4. Ozarah Cafe

Tu dia hak wajib haha. Tapi kali ni sempat merasa nasi bungkus dan Ozarah cafe je. Sebab balik kejap je dan banyak kerja lain nak settle. Ni baru list yang wajib. List yang lain panjang berjela-jela. Dah berapa kali nak pi Kopitiam Kita tapi tak sampai-sampai lagi haha. Ntah bila baru boleh merasa roti titab.



Kali ni nak citer pasal Ozarah Cafe. Farah ngan hubby first datang sini masa student kat USM dulu. Dengar review dari kawan-kawan lah. Semua cakap best. Pastu tengok gambar snowy treat yang orang post tu memang tak senang duduk lah. Nak jugak try kan. Jadi kami pi lah. First time pi takut nak masuk sebab tak nampak malay pon kat situ. Kot-kot lah tak halal ke hape. Lepas tanya kedai halal ke tak baru lah kami duduk hehe.

ni menu snowy treat dia
Dapat menu blur lagi skali. Rambang mata nak pilih yang mana satu hehe. Last-last farah pilih Choco Nana sebab suka pisang. Sampai sekarang memang fevret farah Choco Nana. Tiap kali pi mesti amek yang sama je. Hubby jenis suka try yang belum rasa, jadi dia selalu tukar-tukar menu. Tapi kali ni teringin nak rasa Red Bean, jadi farah paksa hubby order Choco Nana untuk dia supaya farah dapat merasa gak kekeke. Red Bean pon best tapi Choco nana tetap dihatiku ceewah.

choco nana RM10
red bean RM8.80
yes i turn mine into soup before i eat haha
Kali ni bawak Nadia Noreen skali pi sana. Lepas dah bawak depa skali, depa pon suke ngan cafe ni hehe. Tambah- tambah lagi spageti dia. Kami dok sat je pinggan dah licin. Nadia Noreen kongsi Honey Coffee. Farah tak minat sangat sebab dia rase coffee. Sape yang suka coffee boleh lah try.

honey coffee RM9.50

 Kami pesan 3 jenis spageti, pastu pakat-pakat rasa. Semua pon sedap full onion head. Noreen try Aglio e Olio spicy dried shrimp. Sedap dan pedas. Pastu mula lah hidung berair, dok bersin tak henti-henti haha. Farah dan hubby amek Tomato oregano spaghetti, Nadia amek Chicken loaf dan sausage spaghetti. 

aglio e olio spaghetti (spicy dried shrimp) RM11

tomato oregano spaghetti RM12

chicken loaf and sausage spaghetti RM12
 Sape yang belum pernah try makan kat sini, farah suggest pi lah try. Memang tak rugi good job onion headhehe. Banyak lagi menu yang kami tak try sebenarnye sebab pi dok makan benda sama.

beberapa minit kemudian hehe
what's your flavour today?


kbai~ bye1 onion head
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign