1 Jan 2016

AZAM TAHUN BARU 2016



Assalamualaikum

1 JANUARI 2016. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru dah. Ape yang kita dapat untuk tahun 2015? Apa yang kita belajar untuk tahun 2015? Ada kerja tertangguh? Ada hajat tak tercapai?

Sebenarnya nak ada azam baru ni bukan lah kena tunggu masuk tahun baru. Cuma bila masuk tahun baru tu semangat dia lain sikit lah kan. Tiap-tiap tahun farah simpan azam yang sama dengan tahun sebelumnya 'nak jadi orang yang dikenali dengan ilmu'. Farah start simpan azam ni masa di matrikulasi. Pasai pa kat matrix baru ada azam ni? Sebab masa sekolah farah pemalas! haha. 
Rasanya dari form 1-5 tu keje tido je dalam kelas falling asleep onion head. Memang muka nombor last tiap kali exam. Farah mula insaf masa hari ambil result SPM. Masa farah dapat slip result tu mula-mula farah cek lulus semua subjek tak hehe. Pastu pikir dalam hati, 

" fuhh nasib baik semua lulus". 

Ha dah tengok baru pass kat abah bagi abah tengok. Memang takut tok sah cakap la. Takot kena marah beb. Mane tak takot kalau dapat 2A je. Mane ade adik beradik lain corot camni haha. Tanpa disangka-sangka abah senyum, peluk dan cakap,

"Tahniah"

Masa tu rasa cam kena tikam ngan lembing kat jantung. Abah tak marah pon budak tak reti bersyukur ni. Mulai hari tu lah farah mula belajar rajin-rajin. Alhamdulillah Allah bagi peluang kedua dapat masuk matrix intake ke berape ntah. Ingat lagi ummi excited pikir nak bali barang-barang sebelum masuk matrix.

Jadi tahun ni ape lagi azam lain? Takkan satu je kan. Farah buat list untuk azam tahun ni bagi senang tengok.

  • solat sunat taubat, tahajud, hajat, witir dan dhuha setiap hari
  • bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
  • baca al-Quran sekurang-kurangnya 2 helai sehari
  • membesarkan perniagaan
  • kebebasan kewangan
  • belajar lebih banyak resepi masakan
  • sambung belajar dalam masa 5 tahun
  • nak kurus ofkos keke
  • update blog tiap-tiap hari (mampukah?)
  • buat tabung sedekah subuh dan tabung warna
Bila tengok list farah nanti ade je orang tanya, "ni je?". Huk aloh. Bukan semua bole terpikir on the spot hehe. Azam tahun baru tak perlu buat 1 Jan je. Tak perlu ade tarikh untuk berubah hokay. Omputih cakap,

BETTER LATE THAN NEVER

Haaaa...pehe? Farah post awal tahun tak bermaksud lepas ni tak boleh ade azam baru. Penat ai dok ulang benda sama keke.
Semoga tahun ni kita semua berubah ke arah yang lebih baik, InsyaAllah.

So, ape azam korang untuk tahun ni?relax2 onion head

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign