3 Jan 2016

NASI BUNGKUS RM1

Assalamualaikum.

Baru-baru ni nampak post di facebook pasal nasi lemak RM1. Farah pon dah lupa di negeri mana. Jadi kali ni farah nak citer pasal nasi bungkus kat Langkawi. Masa mula-mula duduk sini lepas habis belajar. Masa tu belum kerja lagi, jadi dok umah mertua lah. Masa ni lah kenal nasi bungkus RM1 kat sini. Pagi-pagi hubby akan keluar pi beli nasi bungkus. Kat sini nasi bungkus pagi ni memang RM1. Hah? What?RM1???shock2 onion head. Ha tu dia nak tunjuk betapa tekejutnye kita keke. Ye lah kan, murah. sepanjang duduk rumah mertua, memang nasi ni lah pagi-pagi dok makan. Kuantiti nasi dan lauk dia memang tak banyak (1 ketul kecil ayam), tapi berbaloi lah dengan harga RM1. Hubby biasanya makan 3 bungkus nasi lemak. Dia memang hantu nasi lemak uhuhuh onion head haha.

Lepas kami pindah duduk rumah sendiri, hubby beli nasi di gerai lain. Ha, gerai ni lah yang paling farah suka dalam banyak-banyak gerai. Gerai dia kecik je. 1 meja dengan 1 payung. Penjual dia adik beradik lelaki. Kagum betol tengok kecik-kecik dah berniaga. Ape yang farah suka dengan gerai ni?
Nasi dia banyak, lauk dia semua sedap, dan harga dia murah. Harga biasa untuk 1 bungkus cuma RM1. Farah suka minta lauk lebih. Tapi harga dia masih murah. Misalnya farah beli 5 bungkus nasi, adik tu akan bagi karga RM6@ RM7. Haa, murah kanpayup onion head? sedangkan setiap bungkus kita minta lauk lebih.

gerai
Kami memang pelanggan tetap gerai ni lah. Kalau hari kerja memang tak sempat beli. Jadi kami cuma pi hujung minggu. Kadang-kadang gerai tak bukak. Minggu lepas tu bila pi beli nasik mesti dengar pelanggan lain tanya adik tu, 

"balik kampung ke minggu lepas?kedai tak bukak."

Ha, maknanya bukan kami je pelanggan setia gerai adik ni hehe. Ramai orang tak senang duduk kalau adik tutup kedai. Kadang-kadang kami terlewat pi beli, lauk memang nak abis dah. Jadi bangun pagi je standby nak beli nasik hehe. 


nasi + daging goreng

nasi lemak ikan bilis + telur

nasi + ayam kicap

nasi + ayam merah @ ayam sambal
 Untuk adik berdua, Farah doakan adik murah rezeki. Suka tengok orang berniaga nih. Kami akan terus menerus menyokong adik,good job onion head ceewah.

4 comments:

  1. Farah,
    Untunglah ada NASI LEMAK RM1!!!! Ya Allah murah la sangat. Nampak pun menyelerakan.
    Erkkk btw lucula ikon2 tu...cer ajar kak azie cemana nak letak. Hiks.

    ReplyDelete
  2. ha3 memang untung lah. weekend tak payah masak. emoticon tu copy paste je k.azie. farah guna yg ni, mls nk google tiap kali nk guna

    http://emoticoner.com/emoticons/onion-head?amp%3Bamp%3Bamp%3Bfb_locale=fr_FR

    ReplyDelete
  3. wahhh kat jerteh pun x jumpa dh ni gini muroh hihi

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign