7 Jun 2016

2 RAMADHAN | BELI MAKANAN DI BAZAAR

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 2 hari kita berpuasa. Rase cam lame tak? Haha. Tak de lah. Dok rumah bukan pakai tenaga sangat. Tambah-tambah lagi sekarang kerap hujan. Jadi tak de lah dahaga sangat bila puasa.

Harini hubby ke bazaar ramadan di pekan Kuah. Sebab tempat kerja hubby di Kuah, alang-alang balik singgah terus di bazaar. Malangnya farah tak dapat ikut. Kalau tak dapat jugak tengok-tengok ape yang berkenan. Hehe. 

Ape yang tak bestnya bila ke bazaar ramadhan ni, banyak sangat gerai. Kadang-kadang tu rambang mata nak pilih mana satu. Last-last bila beli, tak sedap lah, tawar lah, masin lah. Lagi satu yang tak bestnya sebab kebanyakan harga makanan jauh lebih mahal dari biasa terutamanya kuih-muih.

Teringat dulu masa belajar di USM Kubang Kerian, Kelantan. Makanan kat Kelantan memang terkenal dengan manis hehe. Ore klate kato manih leting kekeke. Tapi bagi farah kuih-muih di sana sangat sedap. Rindu pon ade. Kat sini tak kena selera sebab tak manis. Sini gula mahai ka apa? Haha.

 Dulu masa belajar, bila ke bazaar farah akan budget RM5-RM7 je. Kalau RM10 tu kira dah banyak beli. Sebab ape? Sebab bila ke bazaar masa puasa kita akan rasa nak semua kan? Pastu confident je boleh abeskan semua makanan. Padahal lepas minum air je dah kenyang haha. Ni namanya nafsu keke. Jadi bila ke bazaar di bulan puasa ni beringat lah. Jangan main hentam pi beli semua benda.

Hari ni hubby beli nasi kerabu, ayam goreng, paru masak sambal dan kuih seri muka. Ni pon makan tak abes haha. Tak pa, moreh la kita malam ni. Kuih seri muka ni murah pulak. RM1 dapat 3. Biasanya mahal. Rezeki ai hehe.

Korang makan ape hari ni?


kbai~

4 comments:

  1. wahhh Sedapnyer Farah...terutama kuih seri muka tuh (^__^) Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp~ yang penting murah haha.

      Selamat berbuka!!

      Delete
  2. kerabu tu..lama tak makan nasi kerabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcik yg jual ni org kelantan,nasik dia sedapp~

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign