20 Jun 2016

BUTTER CHICKEN PALING SENANG

Assalamualaikum

Rasanya semua orang tau kot butter chicken @ ayam goreng butter ni. Dulu viral kat facebook resepi dia. Semua orang pakat dok buat haha. Teringin lama dah nak buat tapi tak berkesempatan. Semalam pikir-pikir nak masak ape, terjumpa resepi butter chicken. Ape lagi masak lah kita semalam hehe.


Untuk orang yang tak pernah rasa butter chicken, rasa dia bagi farah sedap. Memang lain dari masakan ayam yang biasa makan. Cuma farah cepat muak sikit rasa macam ni. Tapi tengok orang lah. Selera orang tak sama. Farah memang tak suka sangat rasa butter hehe. Ada jumpa resepi letak cheese. tapi tak berani nak letak takut rasa dia tak sesuai lak nak makan dengan nasi haha. Korang try lah letak cheese.

Ape kate korang cuba dulu masak baru boleh cakap kena tak dengan selera korang. Selamat mencuba!!

BUTTER CHICKEN @ AYAM GORENG BUTTER

Bahan-bahan:
1 dada ayam-potong kiub
tepung kfc
1 telur
butter
susu cair
cili padi
daun kari-farah tak letak

Cara-cara:
1. Celup dada ayam dalam telur. Lepas tu salut tepung kfc. Goreng sehingga garing
2. Dalam kuali lain, panaskan butter. 
3. Masukkan cili padi dan daun kari. Biarkan sekejap
4. Masukkan susu cair. Kacau sebati.
5. Masukkan ayam yang letah digoreng. Gaul sebati.

Siapp!!

TIPS:
-Butter tu agak-agak je nak banyak mana. Kalau nak kuah banyak letak banyak. Susu cair pun sama.
-Kalau nak kuah pekat sikit, masukkan bancuhan tepung jagung. Farah letak sikit untuk bagi kuah pekat.





SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign