12 Jun 2016

CARA BUAT AKAUN BISNES KECIL

Assalamualaikum

Sekarang ni hampir semua orang ada bisnes online kan? Kalau tengok kawan-kawan sedara mara hampir semua memang ada bisnes. Tak kisah la besar ke kecik.

Farah memang dari dulu lagi minat bisnes ni. Kali pertama bisnes masa sekolah menengah kot. Bila sekolah abah ada hari sukan, abah suruh kami bukak satu gerai. Jual lah aiskrim, air. Tak ingat dah jual ape lagi. Macam-macam kami jual. Bila balik rumah mesti penat. Baring atas katil sampai terngiang-ngiang suara budak-budak.

"Kak 20sen kak"

"Kak 50sen kak"


Sampai macam tu skali haha. Lepas tu memang suka lah bisnes ni. Seronok. Masa belajar dulu tak tahu lah berapa jenis bisnes farah buat. Jual topup, jual tudung, jual baju, blouse. MLM tok sah cakap lah takleh nak kira dah berapa jenis MLM farah dah join haha. Sekarang tak mau dah MLM ni. Farah lebih suka jual produk. 

Sekarang farah decide nak fokus produk Dianz je dulu. Tak  payah nak multi tasking sangat sebab tak reti. Fokus satu benda lah senang. Bisnes-bisnes yang sebelum ni farah tak pernah buat akaun. Jadi tak pernah nampak duit hilang kat mana, untung ke, rugi ke. Kali ni farah buat akaun untuk bisnes. Bila ade akaun memang boleh tengok duit kita mengalir tang mana. 

CARA BUAT AKAUN BISNES KECIL
Belian: Pembelian barang-barang yang hendak dijual

CARA BUAT AKAUN BISNES KECIL
Jualan tunai: bilangan yang telah dijual. bayaran diterima secara tunai

CARA BUAT AKAUN BISNES KECIL
Jualan bank: bilangan yang telah dijual. bayaran dibuat terus ke bank (cash deposit, transfer etc)

CARA BUAT AKAUN BISNES KECIL
Hutang: Kalau ade sape-sape beli tapi tak bayar lagi boleh rekod sini

CARA BUAT AKAUN BISNES KECIL
Modal: wang peribadi yang digunakan untuk bisnes.

CARA BUAT AKAUN BISNES KECIL
Lain-lain: letak la ape-ape pun yang tak termasuk dalam kategori lain

CARA BUAT AKAUN BISNES KECIL
FB ads

CARA BUAT AKAUN BISNES KECIL
Ambilan: barang jualan yang diambil untuk kegunaan peribadi.

CARA BUAT AKAUN BISNES KECIL
Tutup akaun: Bila dah hujung bulan boleh tutup akaun dan tengok untung/rugi banyak mana

Senang kan? Bila ada akaun ni kita lebih alert dengan penggunaan duit. Farah buat akaun ni guna microsoft excel. Senang sebab boleh buat formula siap-siap untuk kira untung/rugi. Tak perlu print pun sebenarnya. Tapi farah lebih suka ade hard copy untuk refer.

Ini kali pertama buat akaun. Masih boleh buat penambahbaikan lagi. Semoga dapat membantu bisnes korang.

TIPS
Duit bisnes dengan duit peribadi kena asingkan. Bila dapat untung, simpan dalam bank asing. Baru lah duit simpanan bertambah. Kalau tak sampai bila pun tak bertambah duit simpanan.
Duit modal bila dah dapat balik guna semula untuk tambah stok, jadi tak perlu guna duit peribadi dah untuk bisnes. Pusing balik je modal tu.

Kbai~

8 comments:

  1. semoga perniagaan kecil-kecilan akan berkembang

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sahabat siber ..
    Selama hampir beberapa bulan saya mencari panduan untuk menguruskan kewangan utk peniaga kecilan , tapi masih tak jumpa . Dan akhirnya hari ni , masih lagi semangat menyelak2 kat google ni , dan saya terjumpa apa yang saya cari selama ni , panduan dan cara sahabat step by step tunjuk ajar dari belian , jualan , dan sebagainya tu , memang amat penting untuk para peniaga cuma masih ada yang ambil mudah untuk tak mencatit aliran keluar masuk duit , sebab tu bisnes cepat gulung tikar . Saya pun dulu masih tak sedar lagi bagaimana nak catit aliran tunai untuk bisnes saya , dan hari ni Allah mudahkan segalanya terjumpa website sahabat yang sangat berguna . Terima kasih sebab share , semoga bisnes sahabat berkembang maju dan dimurahkan rezeki . Terima kasih , sahabat siber :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas tips yg diberi.Mohon untuk guna.TQ

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Terima kasih atas tips yang mudah difahami..
    cuma yang last sekali tu ja x faham sgt... tutup akaun macam mana nk kira? dan apa formula untung cell Untung?

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign