9 Jun 2016

DUIT RAYA UNTUK PENJAWAT AWAM 2016

Assalamualaikum


Semalam rasanya kecoh dengan berita penjawat awam dapat bonus Hari Raya untuk tahun 2016. Sesedap je tukar nama haha. Nama skema dia sebenarnya Bantuan Khas Kewangan. Tapi panggil bonus lagi best. Kerajaan peruntukkan bonus ni untuk 1.6juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 




Alhamdulillah dapat lah RM500 hehe. Selain daripada penjawat awam, pesara kerajaan pun akan dapat bantuan kewangan sebanyak RM250. Bayaran akan di buat 13 Jun 2016. Tak lama dah ni keke.


Bila dapat duit mula lah dok berkira-kira dalam otak nak pakai buat ape. Macam banyak je nak guna duit bila raya kan? Beli baju, buat biskut, beli langsir, beli sofa barusedia duit raya untuk anak sedara, macam-macam lah. Tapi rasanya simpan dulu lah. Pakai duit budget sendiri dulu. Tak cukup baru tambah hehe.


Nak berita penuh boleh tengok kat sini

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign