iftar

IFTAR PERDANA STAF KLINIK PERGIGIAN AIR HANGAT 2016 || MEDINA 100th DAY

10:45

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dah 18 Ramadan hari ni. Semalam farah berbuka puasa di Hotel Seaview, Langkawi bersama-sama staf klinik. Walaupun ada yang tak dapat sertai, majoriti mai lah.

Tahun lepas farah masak dan jemput staf klinik berbuka di rumah. Tahun ni tak larat nak masak haha. Berbuka kat luar pun best jugak. Sekali sekala. Lagipun ramai-ramai pi makan kat luar, ramai orang tolong jaga medina time makan. Hehe. Makaseh aunties semua.


Sebelum buat keputusan nak makan kat hotel mana, kami survey dulu harga dan juadah yang disediakan. Berbaloi ke tak. Kami decide untuk pilih Hotel Seaview. Kat sini buffet dia RM38. Tapi beli 5 percuma 1. Maknanya pi 5 orang, orang ke 6 tu free lah. Bila tolak-tolak, kami bayar sorang RM32. Ok lah tu.

Kami dah booking siap-siap sebelum pi. Jadi sampai tu dah ada meja untuk kami. Tempat duduk pun selesa, luas. Cuma yang tak best surau dia. Tempat ambil wuduk tak disediakan dalam surau, jadi kena pi toilet kat luar. Untuk orang perempuan ni leceh sikit lah. Telekung tak disediakan, nasib baik ade orang bawak. Boleh la farah pinjam. Hehe.

Makanan dia ok lah. Nombor satu paling best char kuey tiaw. Memang sedap.  Bukan senang nak jmpa yang sedap weh hehe. Lepas tu kat sini ada kambing golek, ramai betul pi serbu haha. Farah tak makan kambing, tapi ambil jugak sebab nak rasa. Rupanya boleh tahan rasa daging kambing ye. Kalau tak hanyir, farah rasa lagi sedap dari daging lembu kot. Pemanis mulut pun ade kat sini. Banyak pulak tu. Tapi farah tak ambil semua lah. Ambil yang mana berkenan je.

sedap sangat sampai lupa snap sebelum makan

Kambing golek

kambing golek
Medina agak behave lah malam tadi. Cuma kami makan lama sangat, barulah dia bising sebab mengantuk. Kalau tak lagi lama dok situ haha.


Ni pinggan hubby 

aiskrim cair dah. ambil awal sangat
satey

mee bandung pun sedap


Nak ambil gambar aiskrim tapi brothers ni posing lak hehe
ABC

ayam goreng + cucur
char kuey tiaw
satey
tenang sebelum taufan ni

Walaupun pokok memisahkan kita
Tengok kami makan sikit-sikit je~~
Abe amir~
tak nampak aisyah lah

meja kami tak le lawan meja depa

Foto kredit: kaali

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih untuk yang sudi komen \(^0^)/

@farahfarhanams

FOLLOW ME ON GOOGLE+

Google+ Friends