20 Jun 2016

KACANG BUNCIS GORENG SAMBAL

Assalamualaikum

Semalam 14 Ramadan adalah Hari Bapa. Jadi farah decide untuk masak full course lah untuk hubby. Biasanya tiap-tiap hari memang hubby pi bazar ramadan untuk beli lauk. Jadi masak kat rumah tak banyak lah. Nak masak time puasa ni tak larat + terlioq hehe. Nak rasa tak bole. Terlebih terkurang masin masam manis nasib lah. Agak-agak je. 

Farah masak nasi putih, kacang buncis goreng sambal , telur goreng dan butter chicken. Lauk biasa-biasa je. Asalkan ikhlas kuikuikui. 

Untuk bawang, korang boleh pakai bawang holland atau bawang merah. Farah memang lagi suka bawang holland sebab farah rasa lebih manis. Tumbuk tak perlu lumat sangat. Cukup-cukup je.  Lepas tu kalau nak tambah sayur lain pon boleh contoh macam baby corn. Comey sikit banyak kaler kan? Hehe.

KACANG BUNCIS GORENG SAMBAL

Bahan-bahan:
kacang buncis
1 bawang holland@merah - tumbuk
5 cili padi-tumbuk
1 sudu cili giling
garam 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau.
2. Masukkan cili giling. Kacau
3. Masukkan kacang buncis. Kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam.


KACANG BUNCIS GORENG SAMBAL

Nak resepi butter chicken boleh tengok sini

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign