13 Jun 2016

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 kita berpuasa. Hari ni farah baru masuk kerja semula lepas cuti bersalin 3 bulan. Segala benda pon kekok haha. Pagi tadi masuk kereta blur mane satu butang aircond, mana satu butang radio. Lepas tu tertukar wiper dengan signal. Dah sampai klinik, parking kereta, dok pikir lak mana satu butang nak lock kereta hahaha. 3 bulan tak drive boleh lupa segala benda. Nasib baik lah kereta auto. Kalau kereta manual agaknye tak leh drive dah.

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

Perasaaan masuk kerja semula tak tau nak rase ape. Yang pastinya rindu baby lah hehe. Awal-awal dah mesej adik ipar suh wasap gambar medina. Tak tahan rindu beb. Harap-harap medina behave. Alhamdulillah dia ok. Semoga pasni pon terus ok.

Sambil-sambil rehat tengahari pikir nak makan ape untuk berbuka nanti. Banyak nye wishlist nak makan. Apekan daya tak leh ikut nafsu. Semalam teringin nak makan lompat tikam. Tapi makcik yang jual tu buka gerai lambat sangat. Jadi kempunan lah jawabnya. Tak pe lah tak de rezeki kan? Ai redho.

Hari ni buat pemanis mulut sket. Decide nak buat puding roti sebab bahan dia senang. Farah suka puding roti. Tapi tak pernah buat yang bakar. Biasanya buat puding roti kukus dan ada guna agar-agar. Jadi kali ni nak tukar angin sikit try buat yang bakar. Senang je buat puding ni. Campak-campak susun-susun, bakar, siap. Hehe. Betul, tak tipu ni.

Untuk sos kastad, farah memang suka pekat sikit. Tak suka cair, sebab nanti bila makan tak lekat kat puding. Bila sos tu sejuk, dia akan jadi pekat sikit berbanding masa panas. Jadi korang beringat lah nak agak-agak pekat dia tu. Nak pekat lagi tambah je tepung kastad sikit. Jangan banyak sangat kang jadi kek kastad pulak haha.

Untuk coklat parut pulak, tak letak pon tak pe. Farah letak sebab ade lebih masa buat kek. Parut melebih sampai puding hitam lepas bakar kekekeevil smile onion head


RESEPI PUDING ROTI SOS KASTAD
Resepi asal: FB

Bahan-bahan:
10 biji telur-saiz pape pun takpe
1 plastik roti keping- ambil yang besar
800ml susu segar
220gram gula 
1 sudu besar vanilla esen
butter-untuk sapu di roti
kismis untuk tabur
coklat masakan untuk parut-optional

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

Cara-cara:
1. Masukkan susu segar, telur, esen vanila, gula kedalam bekas. Kacau hingga sebati.
2. Sapu butter di roti. Susunkan didalam loyang. Jangan lupa griskan loyang dulu. kang lekat-lekat.
3. Tabur kismis atas roti yang dah disusun. Pastu parut coklat masakan.
4. Ulang melapis sampai tinggi mane korang nak. Farah buat 3 lapis je. Tinggi sangat nanti tak best hehe. 

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

5. Dah siap melapis, tuang adunan susu segar, telur, gula dan esen vanila tadi.

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

6. Masukkan kedalam oven suhu 150c 45-60minit. Oven kena panaskan dulu tau.

Bahan-bahan sos kastad:
200ml susu segar
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung kastad

Cara-cara:
1. Panaskan susu, gula dan esen vanila.
2. Bancuh tepung kastad dengan sedikit air.
3. Masukkan bancuhan tepung kastad.
4. Kacau sampai sos pekat.

siap!!

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD
Lembut je puding ni

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

TIPS:
Masa bakar puding boleh letak air dalam dulang diluar (bain marie) supaya puding tak kering sangat.
Kalau lebih suka sos kastad pekat sikit, cuma tambah tepung kastad lebih sikit.

Selamat mencuba!!


6 comments:

  1. Sedapnya ni. Fav 👍🏻😁

    ReplyDelete
  2. wahh...macam sedap je..nak try sikit..hhihi

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tak de lah kak. masak jarang-jarang. orang lain tiap-tiap hari masak hehe

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign