19 Jun 2016

UDANG MASAK LEMAK CILI API PALING SENANG

Assalamualaikum

Percaya tak ni kali pertama masak lemak? Haha. Senang giler. Ingatkan susah. Sebelum ni tak pernah cuba masak sebab nampak susah. Hape laaa. Semalam teringin nak makan. Bila google resepi tengok senang je rupanya. Masak setangah jam pon tak sampai hehe. 

UDANG MASAK LEMAK CILI API  PALING SENANG

Kalau mati kutu tak tau/ tak reti nak masak ape boleh try masak lemak ni. Tukar udang jadi ikan pon boleh.

UDANG MASAK LEMAK CILI PADI
Oleh: Farah Sanusi
Resepi asal: pingganmerah

Bahan-bahan:
1/2 kg udang
1/2 inci halia*
2 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
serbuk kunyit
cili padi- nak pedas letak banyak*
2 batang serai - tak letak
santan-farah agak-agak je
garam

Kisarkan bahan  bertanda *

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan-bahan yang di kisar. Kacau.
2. Masukkan santan dan serbuk kunyit. 
3. Masukkan udang. Kacau
4. Masukkan garam secukup rasa.

SIAPP!!

UDANG MASAK LEMAK CILI API  PALING SENANG

Senang kan? 

SELAMAT MENCUBA!!

2 comments:

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign