4 Jun 2016

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK DAERAH LANGKAWI 1437H / 2016

Assalamualaikum

Tinggal 2 hari lagi nak puasa ya.  Rasa tak sabar dah ni. Tahun pertama puasa dengan baby, agak-agak macam mana haha. 



Bila puasa dah dekat biasanya kedai-kedai, mall-mall akan bagi jadual berbuka bila pi beli barang. Tapi tahun ni satu keping pon tak dapat. Padahal tinggal 2 hari je lagi nak puasa. Heran pon ade. Jadi terpaksa lah mintak tolong abam google kita hehe.

Macam tahun-tahun yang sebelum ni, ramadan tak sampai lagi jiran dah berdentam dentum bunyi mercun. Takpe, kita kena faham budak-budak semangat nak raye hehe. Ingat dulu masa kecik-kecik memang tiap-tiap tahun jalan ngan kakak dan sepupu keliling kampung cari mercun. Pasaipa? Pasai mercun memang sinonim ngan raye lah. Tak de mercun tak meriah la raye. Giiitu. Dulu bila makcik pakcik marah main mercun kita kemain tak puas ati. Sekarang dah besar baru lah faham. Padan muka kena atas batang hidung sendiri hahaahaaah onion head. Tapi kami main mercun biasa-biasa je. Takde lah hat besau-besau bahaya pon. Hat bahaya tengok abang main keke.

Satu lagi tanda puasa dah dekat, banyak lak joke pasal yusof taiyoob keluar. Untung lah yusof taiyoob, satu malaysia promote kurma dia hehe. Tak payah susah-susah promote ye dok?

sumber: youtube

Langkawi lambat sikit waktu berbuka. Kadang-kadang sabau je la tengok orang lain dok ucap kat group whatsapp, kita berjanggut tunggu masa haha. Hei, puasa tu ibadat okei. Jangan dok pikir pasal makan sangat (pesan kat diri sendiri).

Pesanan penaja: 
Hat mana main mercun tu tak pa (farah bukan sokong main mercun hokay). Tapi pastikan dibawah pengawasan orang dewasa ya. Jangan sampai beraya kat hospitalevil smile onion head.
Yang nak tengok waktu berbuka puasa online boleh rujuk sini

Salam Ramadhan 1437H 2016


sumber: abam google

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign