3 Jul 2016

AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP

Assalamualaikum

Tinggal 2 hari je lagi puasa kan? Kejap je dah nak habis Ramadan. Cepatnya masa berlalu huhu.

AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP


Nak dijadikan cerita, sepanjang bulan puasa ni kami ada pi berbuka kat hotel. Sebelum ni tak pernah hehe. Ada hotel sediakan aiskrim goreng sebagai pemanis mulut. Farah ngan hubby punya lah semangat beratur nak ambil aiskrim goreng ni. Dah la lama sebab orang depan potong line. Ai berdendam hokay haha. Kami tengok dari jauh nampak aiskrim goreng dia tak macam kami biasa buat. Aiskrim disalut dengan cornflakes yang hancur. Bila goreng cornflakes tu macam lemau haha. Tak sedap langsung. Satu malam kami dok komplen haha. Jadi farah  buat sendiri aiskrim goreng kat rumah. Baru lah kami puas hati hehe.

AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP

Senang je aiskrim goreng ni. Pakai 2 jenis bahan je. Tu pon bahan dah siap. Yang tak pernah makan aiskrim goreng cuba lah. Confirm puas ati punya. Aiskrim tu pakai lah ape-ape perisa yang korang suka. Farah suka pakai perisa vanila je. Sebelum ni pernah guna perisa lain, tapi tak kena ngan tekak. Vanila jugak yang sedap. Roti tu tolong guna yang tebal. Kalau tak nanti koyak.

AISKRIM GORENG

Bahan-bahan:
Aiskrim-tak kisah perisa ape
Roti keping 1 bungkus

Cara-cara:

1. Ambil satu keping roti. Letakkan aiskrim kat tengah-tengah. Jangan banyak sangat takut roti tembus/koyak/terburai/pecah hehe


AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP
letak aiskrim tengah-tengah
2. Tutup dengan sekeping roti kat atas aiskrim tu. Letak cawan kat tengah. Tekan cawan kuat-kuat. Buang lebihan roti kat tepi-tepi tu.


AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP
lepas tutup aiskrim tu, tekap dengan cawan macam ni

AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP
Nanti jadi gini la. comey dok? haha

AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP
Ni lagi satu version

AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP
Farah tekap pakai sandwich maker. Jadi besar sikit dari cawan

AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP
Ha gini rupa dia
3. Simpan dalam peti ais semalaman untuk aiskrim lebih beku. Kalau tak sabar goreng la terus hehe

4. Panaskan minyak (mesti betul-betul panas). Masukkan aiskrim goreng tadi. Sebelah dalam 10-15 saat je. Tak perlu lama.

5. Angkat dan boleh makan terus.


AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP
Lepas goreng camni rupanya. 

AISKRIM GORENG PALING SENANG DAN SEDAP
Jangan berangan masa goreng nanti jadi kelam laguni hehe. Mujo tak pahit

SIAP!!

Senang kan? Bukan budak-budak je suka, orang tua pon suka tau hehe. Roti yang lebih tu boleh guna untuk buat puding ke, finger food ke. Jangan baziaq na. 

SELAMAT MENCUBA!!

Kbai~

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign