3 Jul 2016

AYAM PAPRIK ALA THAI

Assalamualaikum

Hari tu farah ade post farah beli produk keluaran Anjaad kan? Haaa. Lepas penat cari ape nak masak, farah jumpa resepi ayam paprik ala thai. Farah masak guna daun limau purut anjaad tu. Memang rasa daun limau purut dia. Tak payah letak banyak pun. Sangat recommended untuk sesiapa nak cuba. Nanti nak masak tomyam pon senang, tak payah susah-susah cari kat pasar.


Resepi ni farah jumpa kat thevocket. Hubby cakap sedap, rasa macam paprik kat kedai. Kira ok lah kan? 

AYAM PAPRIK ALA THAI

Bahan bahan:
Ayam yang dipotong kiub
4 biji bawang putih diketuk
1 biji bawang besar dihiris kasar
Sebiji cili merah dihiris atau cili padi yang diketuk- tak letak
Lobak
Kacang Panjang
Tomato-tak letak
Sos tiram
Kicap
Sos tomato
Sos cili
Serai Anjaad
Daun Limau Purut Anjaad
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah.

2. Apabila bawang naik bau, masukkan ayam.

3. Masukkan Serai Anjaad dalam 1 sudu kecil.

4. Masukkan sos tiram 2 sudu besar.

5. Masukkan kicap 2 sudu besar.

6. Masukkan sos tomato 2 sudu besar.

7. Masukkan sos cili 1 sudu besar.

8. Masukkan setengah cawan air.

9. Tutup dan biarkan mereneh dalam 20 minit. Kacau sekali sekala.

10. Apabila ayam sudah empuk, masukkan sayur yang berkenaan.

11. Masukkan limau purut. Kacau sekejap.

Siapppp!!




SELAMAT MENCUBA!!

Kbai~

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign