17 Jul 2016

SATAY LAMBAK DAN KUAH KACANG | Jadi ke tak jadi?

Assalamualaikum

Syawal panjang lagi. Mood raya pun ade lagi lah. Hehe. Tiap-tiap kali raya mesti ade list makanan yang korang teringin kan? Kalau farah benda yang farah paling teringin time raya mesti makaroni goreng hehe. Pelik tak? Makaroni goreng bukan juadah raya kan?

SATAY LAMBAK DAN KUAH KACANG
Walaupon rupa tak cantik, rasa sedap hokay

 Ha kalau nak tahu, tiap-tiap tahun umi akan masak makaroni goreng untuk hari raya pertama. Makaroni goreng umi paling best farah pernah makan. Buat sendiri, resepi sama pon tak sama sedap hehe. Hari raya pertama kami biasanya pi beraya kat kelantan skali. Jadi memang tak de kat rumah. Sebab tu lah raya pertama masak simple-simple je. Hari raya kedua baru lah masak banyak-banyak.

Bulan puasa hari tu farah ade balik rumah. Umi masak mee rojak. Orang sana panggil rojak keling. Sebab ape panggil camtu jangan tanya. Ai tak tau hehe. Umi punya resepi kuah kacang untuk mee rojak sama dengan kuah kacang untuk satay. Farah sangat tak suka satay, nasi impit dan  kuah kacang. Masa kecik-kecik pi beraya memang tak makan. Kalau makan pun sebab orang dah hidang, tak elok pulak tak makan. Tapi satay lambak, nasi impit dan  kuah kacang yang umi buat farah makan hehe. Ai memang cerewet walaupon kuat makan kuikui. 

Kuah kacang umi lah paling sedap, paling ber-kacang, paling umph. Haa gitu. Ini bukan tipu. Testimoni ikhlas hehe. Masa puasa hari tu berguru lah dengan umi cara masak kuah kacang. resepi simpan dalam kepala je, tak tulis pon. Confident terlebih haha. Satay lambak tu farah tak tau lah ade tak kat tempat lain. Farah suka satay lambak sebab tak berminyak. Kebanyakan satay beli berminyak, tu yang tak suka tu.

SATAY LAMBAK DAN KUAH KACANG

Hari tu farah pun cuba lah nak masak satay lambak dengan kuah kacang. Dah dok teringin nak makan, kena lah buat sendiri. Benda tak pernah buat sendiri ni takut sikit lah nak buat. Kang tak sedap membazir je makanan. Mula-mula farah buat kuah kacang dulu. Ikut satu-satu step umi ajar hehe. Bila nak siap tu tengok kaler dia pucat. Sedih kemain. Nak nangis pon ade.

"Menjadi lah ni, macam kuah ayam percik kaler dia."

Sape yang cakap? Sape lagi, hubby lah. Tak menyedapkan hati ai langsung T_T. Pastu wasap umi kat group wasap. Lepas berdiskusi ngan umi, kami buat keputusan yang  kaler dia gitu sebab gula melaka yang farah guna tu tak gelap warnanya. Hehe. Rasa kuah kacang sedap dah. Rupa je kurang sikit. Hubby pon cakap sedap dah. Umi kata takpe first time buat, lain kali buat lagi elok lah.

SATAY LAMBAK DAN KUAH KACANG
Ni lah culprit nya


Satay lambak tu hubby suka. Dia kata rasa macam satay dah. Lulus la ni. Kalau farah tak kawen lagi. kira boleh kawen dah hehe. Nasi impit tak payah kongsi resepi la. Beli je nasi impit adabi tu. senang je kekeke. Rebus je ha.

KUAH KACANG

Bahan-bahan:
500gram kacang tanah - sangai lepas tu buang kulit
2 bawang merah (pilih hat besar sikit)
3 bawang putih
10 cili kering-basuh, buang biji
gula melaka / nisey- nak manis letak banyak. potong kecil-kecil supaya senang larut
garam

Cara-cara:
1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih. Ketepikan.
2. Kisar kacang tanah bersama sedikit air
3. Panaskan minyak secukupnya. Tumis cili dan bawang yang dah dikisar sampai naik bau.
4. Masukkan kacang tanah yang dah di kisar. Kacau rata
5. Masukkan gula melaka. Kacau
6. Perasakan dengan garam

SATAY LAMBAK AYAM

Bahan-bahan:
1 ekor ayam- potong kecil
2 bawang besar
3 bawang putih
4 serai- potong kecil 
halia sebesar ibu jari
kunyit debu
5 sudu gula
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, serai dan halia
2. Gaulkan ayam, bahan kisar dan kunyit. Perapkan. 
3. Masak dalam kuali api sederhana. Kacau sentiasa.
4. Masukkan garam dan gula.

TIPS:
1. Kisar bahan-bahan jangan tak bubuh air ya. Kot-kot la tak tau hehe
2. Resepi farah biasanya manis sikit. Kalau tak suka manis kurangkan gula
3. Serai kena potong kecil dulu sebelum kisar takut tak hancur
4. Gula melaka beli hat warna gelap na. Sat lagi jadi kuah percik macam farah keke


SELAMAT MENCUBA!!

2 comments:

  1. biar nampak pucat tapi rasa sedap! mak mentua kekny bg petua, kacang tu kisar dengan kulit sekali, supaya kuah jadi merah cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pucat kuah dia. Memang agak sebab gula melaka tu haha.
      Take ke kalau sekali dengan kulit? Tak pahit ke kak eny?

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign