1 Aug 2016

Akhirnya belajar berdikari || Hotel Leverage, Mergong

Assalamualaikum

Cewah tajuk kemain je cakap berdikari kan? Haha. Padahal ikut orang lain jugak. Farah ni sebenarnya tak pernah naik feri sendiri, tak pernah pergi kursus sendiri, tak pernah naik teksi/ bas sendiri, tak pernah dok hotel sorang-sorang. Maklum lah, kahwin masa belajar lagi. Bila dah mula kerja memang dah ada suami. Semua pun hubby yang uruskan. Farah follow the flow je ahaks. Tapi farah rasa dah parah sangat kalau kerja lama-lama pun tak reti semua benda kan? Orang lain pun ade laki jugak. Tak de lah manja macam ai haha. Beli tiket feri pun tak reti tau. 

Jadi farah buat keputusan nak pi kursus tanpa hubby. Tapi ade kawan perempuan yang pi kursus skali hehe. Farah cakap awal-awal farah nak dok bilik asing. Kononnye independant lah kan. Haha. Takde lah. Dok sebilik ngan orang ni segan lah. Buat nye malam tu sakit perut ke hape, tak de la farah kena tahan bunyi nak melabur kan. Kekeke.

Kami kursus kat sungai petani. Jadi kena bertolak sehari sebelum dan bermalam. Hari nak bertolak tu kebetulan hari lawatan pakar bedah mulut. Jadi Dato Dr Shah ade la skali naik feri sama ngan kami hehe. Seat siap dapat sebelah lagi. Tapi sebab feri tak penuh, kami dok tak ikut seat yang ditetapkan.

Ni gambar nak selfie dengan Dato sebenarnye. Nak request tak berani. Selfie jauh pon jadi lah. Tengok orang sebelah tu muncung dah. Sebab ape tak le cakap haha. 

Dato kasi potato chips hokay. Terus makan sampai habis 
Dah sampai jeti Kuala Kedah kita selfie ngan dato lagi skali hehe

Lepas turun feri kami cari teksi. Tehah yang carikan. Farah ikut je. Mane farah reti kekeke.

Dalam perjalanan nak ke hotel. Pakcik teksi bukak tingkap punya lah luas. Habis kelepet tudung ai.

Tengah check in. Farah booking awal-awal kat agoda. Kejap je dah siap.

Durian tu bole paham la tak leh bawak. Helmet pasaipa tak leh? Haha.

Dok bilik sorang tapi amek superior king hehe. Saje je nak merasa. Ok lah dari superior queen. Farah pernah dok superior queen, punya lah sempit sampai kena solat atas katil.

Ni ok lah ade ruang solat atas lantai hehe.
Dia punya sinki betul-betul depan pintu masuk haha. 

Alang-alang ade full length mirror, kita selfie dulu. Susah betul nak pose bagi nampak selim melim.
Mee cup dia kasi mee goreng haha. Rasanya farah tak pernah lagi dok hotel dapat mee goreng. Biasa mee kari. 
Ni ha penunjuk arah kiblat. 
Complimentary semua ok lah. Ade nescafe, indo mee, gula, creamer, teh, air kosong
Tv besau pun ade. Tapi tak tengok pun.
Lepas check in kami terus pi tesco kat sebelah hotel. Jalan kaki je sebab dekat. Tehah puasa jadi kami shopping dulu, lepas tu ngurut kejap. Dah lepas ngurut kami pi pizzahut sambil tunggu azan maghrib. 
Tak bawak kasut extra pun mai kursus. Pi jalan-jalan dengan kasut kerja je. Hehe. Malas nak bawak kasut lebih nanti berat beg. 
Ice lemon tea
Farah mesti lah order spageti meatball.

Sup cendawan ceroi yang amat. tak sedap langsung. Sampai tak rasa sup. Macam air kosong je haha.

Ni air ape ntah, Lupe lak namanye.
Kami makan berdua kira ok lah na. Kalau makan ngan hubby banyak lagi kami order. Hehe. Duduk kat pizzahut sampai pukul berapa pun tak sedar. Kami dok sembang pasal zaman sekolah menengah dulu, zaman belajar kat USM. Sampai tak sedar masa kekeke.
Ni lah barang yang shopping kat tesco. Sebenarnya farah lupa bawak berus gigi dan pencuci muka. Gigih la pi tesco cari kan. Dah sampai bilik baru prasan Ubat gigi tak beli!! Haha. Maka berus lah gigi dengan tak dak ubat gigi.
Chicken floss tu beli sebab hubby suka. Konon-konon teringat kat dia beli la skali hehe. 

Baju medina yang belum basuh pun bawak skali hehe. Maklum la tak pernah dok jauh-jauh.


Esoknya kami ke sungai petani menumpang van sana. Senang lah tak perlu naik teksi. Sampai hospital sana ikut je orang lain ke tempat kursus. Tapi yang tak bestnye satu hari tak de line. Nak mesej hubby pon tak le. Dah la kat langkawi ade majlis sambutan hari raya. Sedih giler huaaa.

Tapi takpe. Masa kursus mesti makan sedap haha. Saje je amek gambar makanan nak menunjuk kat orang langkawi hehe. 

Ha tengok, takde line terus. 
Makan pagi bihun goreng singapore + karipap + lepat pisang. Farah tak suka sangat karipap jadi farah tak amek. 

Makan tengahari pulak nasi basmati + ayam gulai + ikan masak sambal + sayur. Kami bertiga orang pertama pi makan haha.
Okeh kursus dah tamat. Otak pun tepu dah.
Sampai kat langkawi dua-dua  gumbira yang amat hehe.


Alhamdulillah berjaya pi kursus tanpa hubby. Bukan senang nak buat keputusan tau. Yes, ai memang manja. Walaupun kali ni berteman, Insyaallah lain kali mampu pi sendiri.
Babai~


12 comments:

  1. good job! tahniah! an achievement gak tuh. proud of u sbb kite punye tahap spoil brat dgn hubby tu cam samadgn je. he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? dah tu macam ni pun hubby buat semua keje haha

      Delete
  2. Tahniah Farah! Berjaya independent. Lepas ni boleh jauh2 pulak. Hehehe.
    Bawa baju medina tak tahan tuu. :P

    Btw, anda ditag diblog saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni tak manja sangat dah kononnya hehe =)

      Delete
  3. tahniah. saya pernah tinggalkan baby bf juga 3 hari. nsb asben terer jaga. so x la risau sgt. wah siap ada megi. xpernah pegi hotel dpt megi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya 3 hari! satu malam dah rasa cukup lama k.she haha

      Delete
  4. tahniah la farah.
    ok la tu lelama.
    best tau kekadang kita berdikari ke mana2 :)
    bebesok ajak anak join.

    baru semlm borak dgn anak2 dara aida nak bwk diorang naik feri ke langkawi :)

    salam kenal dari aida ye, farah.
    join giveaway farah dan terus follow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time mmg takut sikit kan. Lepas dah buat skali ok la hehe

      Delete
  5. Hehhee, amboi tajuk memang first class gitu. Lama tak dengar perkataan ceroiii (cair kan?) Dulu masa kak azie belajar perlis banyak vocab baru. Ni lupa dah.

    Btw tahniah! Berjaya g kursus tanpa hubby =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saje acah-acah vocab utara banyak kekeke.
      Betui dah cair tu =)

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign