4 Aug 2016

KEK SUNQUICK BAKAR

Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi resepi kek oren sunquick versi bakar. Farah memang sangat takut baking. Terutamanya baking kek lah. Sebab tak reti. Kek selalu tak masak, hangus, bantat, lekat kat loyang dan lain-lain. Haha. Kali ni mencabar diri buat kek bakar. Disebabkan masa suntuk, farah cari resepi pendek dan barang yang dah ade kat rumah. 


Masa tengah mix bahan tu rasa tak sedap hati dah. Nampak semacam je batter kek ni haha. Nak citer pun tak reti. Masa tu memang rasa tak jadi dah kek. Tapi alang-alang dah siap, bakor je lah kek nye. Farah tawakal je. Masuk kek dalam oven tak jenguk dah sampai oven bunyi. Biasa mesti jenguk-jenguk punya. 

Bila keluarkan terkejut tengok kek menjadi! Haha. Maka ai bising satu rumah lah cakap kek bakor menjadi hehe. Bahagian atas tu nampak hitam sikit, tapi tak lah hangit rasanya. 

Ha, gelap sikit atas tu. Tapi rasa dia tak hangit.
Farah tak pernah rasa kek sunquick, ni kali pertama rasa. Rupanya rasa macam kek minyak le sikit-sikit. Kurang kena dengan selera farah hehe. Jadi farah buat cream cheese topping untuk makan dengan kek ni. Baru lah ai boleh telan. Kekeke. 

KEK SUNQUICK BAKAR
resepi asal: cikmatahariku

Bahan-bahan:
250g Butter
1 cawan Gula kastor
6 biji Telur
3 camca besar Pati oren sunquick
50 ml Susu sejat (evaporated creamer)
2 cawan  Tepung gandum  
1 sudu besar Serbuk penaik
1 sudu teh Esen Vanila 

Cara-cara:
1. Pukul butter bersama gula hingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul perlahan.
3. Masukkan pati oren sunquick dan susu sambil dikacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik 2-3 kali, sedikit demi sedikit.
5. Tuangkan ke dalam acuan (7 inci). Farah lapik dulu dengan baking paper.
Suhu 150c 50minit
6. Dah siap biarkan kek sejuk



SELAMAT MENCUBA!!

5 comments:

  1. Sedapnye. Rajin farah buat kek ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makaseh hehe. Takde la rajin sngat. Nak masak mesti pilih resepi yang simple haha.

      Delete
  2. ok dah ni keknya. nampak elok.. setting oven je kot silap.. biar oven panas dulu selama 15-20 minit insyallah x jadi kerak diatas dan bawah kek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik rasa kerak tak hangus haha. rupa je kurang sikit =)

      Delete
  3. Nice blog…saya singgah sini…nanti singgah saya punya blog lak http://zielazie.blogspot.my

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign