28 Sep 2016

Glamora | Lepas 1 Minggu Dah Cantik !!

Biasanya bila nak beli produk kecantikan korang tengok ape? Tengok warna botol? Ke tengok model segak ke dak? Hehe. 

Kalau farah la kan, farah akan tengok bahan dia. Zaman sekarang ni banyak sangat produk kat pasaran yang ambil jalan singkat. Nak cepat ade kesan, pastu guna bahan merbahaya. Nanti ape jadi kat kulit kita? Ha kalau sayang kulit pilih produk betul-betul sebelum guna ok.

Hari ni farah nak kongsi produk yang best tuk korang. Kalau korang tengah cari produk yang senang nak guna, tak leceh, berkesan dan selamat, apa kata korang cuba produk ni.

GLAMORA, High End Brand?
Glamora ni produk penjagaan kulit dan kecantikan. Ni produk high end pertama di Malaysia tau, tapi harga dia mampu milik.

Diformulasikan oleh profesor-profesor dan doktor-doktor. Hasil ramuan dan formulasi dari salah satu institusi kaji produk terbaik di Perancis. Glamora ni menggunakan teknologi micronization terbaru dari Korea.

Glamora menitikberatkan keberkesanan dan kesihatan kulit. Pada masa yang sama, bukan jenis dependant di mana kulit tidak akan kembali ke keadaan asal sekiranya berhenti penggunaan. Jadi korang tak perlu risau kulit kembali ke sebelum pakai produk ni.

Produk-produk Glamora dirumus khas untuk memperbaiki komposisi kulit dari dalam, bukan luar sahaja. 


LUMINATE, Fairness Face Serum


Serum ini berasaskan air (water-based). Kandungan dalam serum Luminate ni oil-free, paraben-free dan fragrance-free. Jadi tidak akan menyebabkan alahan, kulit kering, pengelupasan kulit atau jerawat. 

Luminate boleh digunakan untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur. Lelaki dan wanita semua boleh guna.


99.9% diserap oleh kulit

Serum ni sangat berkesan dan efektif. Kenapa? 99.9% serum yang disapu akan diserap oleh kulit. Bermaksud, sekali sapu dalam 10 saat "hilang". Semuanya diserap ke dalam kulit muka dan leher. 

Bila sapu di kulit, tiada sisa-sisa serum di atas kulit, jadi kulit tak nampak berminyak.

Efek optimum mengambil masa 2 minggu. Tapi kebanyakan pengguna Luminate boleh nampak perubahan dalam masa seminggu selepas penggunaan.

Korang boleh pakai serum Luminate sebelum pakai foundation makeup. Jadi makeup akan tahan lebih lama. Atau pun korang boleh pakai serum, lepas tu pakai krim malam korang sebelum tidur.

KELEBIHAN LUMINATE FAIRNESS FACE SERUM

  • Pencerah kulit 
  • Mengurangkan pigmentasi berlebihan serta memberikan kulit yang lebih cerah, glowing dan segar. 
  • Meratakan tona wajah 
  • Memberikan tona wajah yang sekata dengan memperbaiki kerosakan akibat ketidakseimbangan hormon,  sunburn dan tompok-tompok tidak sekata.
  • Menghilangkan parut 
  • Memperbaiki sel- sel wajah agar parut yang hilang tidak kembali.

CARA MENGGUNAAN

Pakai 2 kali sehari. (Pagi dan malam)


1. Cuci muka dahulu, pastikan muka dan leher bersih dan kering

2. Picitkan 1-2 puff serum ke jari dan sapu ke seluruh muka dan leher.

3. Urut muka dengan lembut menggunakan outward motion.  

4. Akhir sekali korang tepuk-tepuk manja muka korang.

Harga sebotol: RM155

Isipadu: 15ML (Tahan 1 bulan setengah ke 2 bulan) *bergantung pada jumlah pengunaan. 

TESTIMONI LUMINATE











BODY SPA, Intense Lightening Body Spray



Body Spray Whitening Pertama Di Malaysia !

Sangat mudah digunakan ! Korang cuma perlu spray Body Spa ni kat kawasan yang korang nak. Memang senang terutamanya kat kawasan yang susah nak capai. Sapuan pun lebih rata dan sekata.

Body Spa ni tidak mengandungi minyak, paraben, hydroquinone atau merkuri. Dia cepat meresap, tak berminyak dan tak melekit macam losyen tau.

Sesuai bagi semua jenis kulit. Lelaki ataupun wanita semua peringkat umur pun boleh guna.

Dalam Body Spa ni ada sedikit pewangi untuk memberikan bau badan yang segar. Lagi satu, produk ni mesra wuduk. Jadi korang tak perlu risau kalau pakai untuk solat.

KELEBIHAN BODY SPA INTENSE LIGHTENING BODY SPRAY


  • Menghapuskan kawasan kulit yang gelap
  • Memutihkan seluruh badan dan kawasan terdedah (termasuk leher, siku, lutut, tangan, lengan dan lain-lain)
  • Celahan hitam mudah dirawat dengan pantas (contohnya ketiak, celah paha dan lain-lain)
  • Menghilangkan parut badan akibat jerawat
  • Memudarkan selulit dan stretchmark perut selepas bersalin.
  • Mengurangkan kerosakan cahaya matahari (sunburn) pada kulit


CARA PENGGUNAAN

Pakai 2 kali sehari (pagi dan malam).

1. Goncang-goncang botol dahulu
2. Bersihkan kawasan yang hendak di spray
3. Spray sekali picit penuh ke arah kawasan tersebut
4. Sapu-sapu untuk ratakan ke kawasan-kawasan berhampiran dengan kawasan yang korang spray tu.


*Elakkan spray ke muka.

HARGA SEBOTOL: RM145
ISIPADU: 50ML (Tahan 1-2 bulan, mengikut berapa kawasan yang dipakai dan berapa banyak spray sekali pakai) 


TESTIMONI BODY SPA













Untuk Sebarang Pertanyaan 



Facebook: Glamora HQ
Instagram: glamora_hq
Hotline: 013-3108080

Baca Selanjutnya »

26 Sep 2016

Bestnya Bercuti di Cameron Highland!! | Part 1


Sape kat sini tak pernah pi Cameron Highland? Ade ke? Farah rasa farah je kot yang tak pernah pi. Bukan tak pernah pi langsung. Maksud farah tak pernah pi masa dah besar ni, pi sendiri bukan PAMA sponsor, bukan lawatan sekolah. Hehe. Kira tak pernah pi la kan? 

Masa pi ikut lawatan sekolah, masa tu sekolah rendah. Tak ingat pun buat aktiviti ape. Yang farah ingat pasal Cameron ni, suhu dia sejuk dan makan jagung kat pasar malam. Tu je memori lawatan ke Cameron hihi. 

Jadi bila sekarang farah dan hubby plan nak pi Cameron, farah agak berat hati mulanya. Sebab farah rasa tak ada tempat untuk jalan-jalan, tak ada tempat makan dan lain-lain. 

Ni kali ke dua kami plan nak pi Cameron. Sebelum ni terpaksa batalkan plan sebab cuaca. Kalau tak silap farah masa tu ada tanah runtuh. Jadi kami pun tak jadi nak pi. 

Kali ni nak pi farah survey lepas hubby ajak. Sebab farah tak nak nanti kat sana bosaaaan. Hehe. Rupanya banyak tempat jalan-jalan kat Cameron ni! Kita je tak ambil tau haha. Farah ngan hubby pi 2 malam je, tapi kami susun jadual kasi pack sebab kalau boleh nak pi semua tempat.

Kami bertolak dari Alor Setar pagi-pagi lagi. Sampai kat Cameron pukul 1.30 tengahari. Bila sampai kami check in hotel dulu. Sebab nak solat siap-siap. Farah memang biasa tempah hotel dulu online sebelum pi mana-mana. Dah jadi habit. Kalau tak tempah nanti takut sampai sana takde bilik kosong pulak. Kebetulan masa tu kan dah cuti sekolah. Hotel memang sah-sah akan penuh.

Bercuti di Cameron Highland

Farah pilih Hotel Rosa Passadena dekat Brinchang. Hotel ni dekat dengan kebanyakan tempat berjalan. Kalau pasar malam tu jalan kaki je. Memang sangat berpuas hati dengan hotel ni. Penat perah otak pikir ade tak benda tak puas hati tapi takde hehe. Farah pilih hotel ni sebab masa booking hotel ni je yang harga berpatutan dan ada breakfast. Yang lain kalau ada breakfast mesti mahal. Dah la jauh dengan tempat jalan-jalan.

Bercuti di Cameron Highland
Koridor pun ade sofa tau.
Bercuti di Cameron Highland
Meja tempat letak barang ade banyak. Peti ais kecil, tv, peti besi sume ade.
Bercuti di Cameron Highland
Hotel kat Cameron ni takde aircond tau. Farah rasa semua hotel takde hehe. Tak tau la kalau ada yang ada. Hotel Rosa ni ade pasang jaring kat tingkap dia. So kalau korang panas malam-malam, bukak je tingkap. Tak payah risau nyamuk ke kumbang datang melawat bilik masa tidur.
Bercuti di Cameron Highland

Ni pemandangan dari dalam bilik. Boleh nampak jalan berbukit.
Bercuti di Cameron Highland
Macam biasa, dia lah yang rasmi katil bila pi mana-mana hehe.
Bercuti di Cameron Highland
Nah tub mandi pun nak amek gambo hehe.
The Big Red Strawberry Farm
Lepas dah solat, kami keluar pi ke Big Red Strawberry Farm. Farm ni kalau google memang ramai yang pi sini lah. Disebabkan tempat ni glamer, farah pun pi jugak hehe. Kalau korang tak nak mai sini pun ok je. Kat Cameron ni memang bersepah ladang strawberi. Bila lalu tepi jalan memang boleh nampak signboard tulis "strawberi petik sendiri". Jadi jangan risau kalau tak jumpa tempat ni.

Bercuti di Cameron Highland
Farah jalan kat sana memang pakai Waze. Senang tak payah nak cari signboard jalan. Sampai kat sana kami pelik sebab macam sunyi je. Kata glamour, awat tak dak orang. Rupanya nak parking dekat kena parking kat atas. Kami punya lah parking bawah sekali. Lepas tu kena jalan kaki panjat bukit baru sampai atas. Dah la tak fit. Tengah jalan dah pancit hehe. 
Bercuti di Cameron Highland
Tujuan utama kami pi strawberi farm mesti lah nak kutip strawberi. Tapi malangnye masa kami pi tu strawberi kat pokok dah habis. Yang ada cuma yang dah packing. Sedih giler. Sebab nak merawat kesedihan tu kami pun pi makan kat food court sana hahaha. 

Bercuti di Cameron Highland
Menu ada banyak. Nak pilih sampai rambang mata. Maggi cup pon ade haha. Dah pi Cameron ko nak makan maggi cup buat hape. Dok rumah pon bole makan maggi cup. Makan la benda yang tak ada kat rumah hehe.
Bercuti di Cameron Highland
Ni meja salad. DIa buat macam buffet. Korang pi pilih sendiri nak salad ape. Pastu pi kaunter untuk bayar.
Bercuti di Cameron Highland

Farah tengok bila orang pi Cameron mesti makan scones. Terliur jugak nak cuba sebab tak pernah cuba. Ai jakun sikit uols hehe. Rupanya sedap juga scones ni. Rasa dia macam biskut raya kot hehe. Rasa butter. Tapi sedap juga lah. Nanti nak cuba buat sendiri kat rumah.

Bercuti di Cameron Highland
Scones. Makan dengan butter, jem strawberi dan cream.
Bercuti di Cameron Highland
Fresh strawberry with cream. Dulu selalu dengar orang kata starwberi manis bila makan kat Cameron. Bila dah bawa balik dia masam. Rupanya memang betul. Bila makan kat atas sana memang manis. 
Bercuti di Cameron Highland
Fresh strawberry milkshake. Ni pun sedap!
Bercuti di Cameron Highland
Dekat foodcourt sana ada jugak gift shop. Makanan semua pun ada strawberi. Coklat strawberi, roti strawberi. Macam-macam lah.
Bercuti di Cameron Highland
Ha tengok. Segala benda pun strawberi.
Bercuti di Cameron Highland
Macam cantik je, macam comel je hehe. Kena paksa posing. Mula-mula nak beli topi tu. Tapi bila fikir balik, bila masa nak pakai. Langkawi panas kot. Buang tabiat anak aku pakai topi haha.

Bercuti di Cameron Highland
Ni tempat yang glamour orang ambil gambar. Biasanya orang panjat naik dok atas, kami malas nak panjat pasal tadi dah pancit naik bukit hehe. Masa nak ambil gambar ni ada sorang brader offer nak tolong ambil gambar tapi dengan syarat nanti kami kena tolong ambil gambar dia ngan wife dia hehe. Kami pun ok je alang-alang orang offer. Takkan selfie memanjang kan

Bercuti di Cameron Highland
Salad memang banyak giler. Kalau buat BBQ stail korea memang best ni.


Multicrops Central Market

Bercuti di Cameron Highland
Lepas habis makan, kami nak pi ke Time Tunnel. Dalam perjalanan, hubby berhenti kat Multicrops Central Market. Kat mana pun farah tak tau. Tak ada dalam plan hehe. Macam-macam ada kat sini. Kaktus, gift, teh, pasu dan lain-lain.

Bercuti di Cameron Highland
Muffin nampak sedap tapi dah kenyang makan kat strawberry farm tadi hehe.
Bercuti di Cameron Highland
Farah beli fridge magnet dengan teh je kat sini. Kaktus memang tak beli.

Bercuti di Cameron Highland
Kaktus lagi
Bercuti di Cameron Highland
Kaktus lagi
Galeria Time Tunnel

Bercuti di Cameron Highland

Akhirnya sampai kat Time tunnel. Ni pun salah satu tempat yang orang kata mesti pi kalau ke Cameron. Ada banyak barang-barang zaman batu purba dulu-dulu. Hehe. Tiket sorang RM6 untuk dewasa, RM4 untuk kanak-kanak.

Bercuti di Cameron Highland
Kaunter tiket pun mesti lah antik
Kat dalam ni barang lama memang banyak giler. Nak tengok satu-satu memang tak lah. Haha. 

Bercuti di Cameron Highland
Ni kalkulator zaman dulu.
Bercuti di Cameron Highland
Hampa jangan main-main. Aiphone ada dah dulu. Siap bole gantung kat dinding. Hehe. Jangan marah, gurau je.
Bercuti di Cameron Highland
Loceng sekolah. Ke loceng kebakaran?
Bercuti di Cameron Highland
Kerusi kat kedai potong rambut
Bercuti di Cameron Highland
Salon pon ade.
Bercuti di Cameron Highland
Ni farah tak tahu ape dia hehe.
Bercuti di Cameron Highland
Evolusi telefon bimbit. Pager pun ada. Korang tengok yang hujung sekali belah kanan bawah. Dulu masa sekolah orang panggil ape dah. Butterfly kot.
Bercuti di Cameron Highland
Dulu telefon macam ni ada kat rumak tok. Masa kecik suka la main putar-putar nombor tu. Tapi kalau nak telefon orang masa kalut memang stress sebab kena tunggu dia habis pusing baru bole pusing nombor seterusnya. Kalau nombor yang banyak nombor 0 lagi la stress haha. Budak zaman sekarang agak-agak tau guna tak? 

Bercuti di Cameron Highland
Restoran Ferm Nyonya

Bercuti di Cameron Highland

Malam tu kami keluar untuk makan malam. Farah teringin nak makan steamboat. Tambah-tambah lagi suhu sejuk macam kat Cameron ni, memang sedap makan sup panas-panas. Restoran Ferm Nyonya ni farah baca ramai orang recommend kalau nak makan steamboat.

Bercuti di Cameron Highland
Ni belum dapat semua lauk lagi. Tak sabar nak ambil gambar hehe.
Farah ambil set mixed soup. Campur sup tomyam dan sup biasa. RM24/pax untuk set ni. Tomyam dia memang kaw. Sedap! Patut lah ramai orang pi sana. Masa farah pi pun meja agak penuh. Servis dia ok. Makanan sampai cepat, Kalau nak tambah pun cepat dapat.
Bercuti di Cameron Highland
Ni dapat free
Bercuti di Cameron Highland
Makan panas-panas. Peergh merecik ayaq lioq.
Bercuti di Cameron Highland
Sos dia. Farah tak cicah sangat sebab pedas. Lagi pun tomyam tu dah sedap dah hehe.
Bercuti di Cameron Highland
Kononnya order air panas sebab cuaca sejuk. Lepas tu tak tahan pedas nak mintak ais jugak haha.
Kat Cameron ni berlambak kedai steamboat. Jalan mana-mana pun nampak ada kedai steamboat. Kalau korang tak suka steamboat yang set, nak buffet kena cari kat tempat lain lah. Sebab kat Ferm Nyonya ni set. Cuma kalau tak cukup lauk boleh tambah.

Lepas makan kami ingat nak pi jalan kat Pasar malam. Tapi bila sampai sana tengok tutup pulak dah. Pelik jugak. Farah ingatkan memang buka tiap-tiap malam. Memandangkan tutup, kami balik je ke hotel.

Tu je aktiviti farah hari pertama sampai kat Cameron. Nanti farah update lagi untuk hari kedua ya. Babai!


Bestnya Bercuti di Cameron Highland!! | Part 2
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign