20 Sep 2016

Akhirnya Dapat Makan Daging || Hari Raya Korban 2016

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha! Ke dah terlambat nak ucap? Hehe. Rasanya belum terlambat lagi. Daging korban pun banyak lagi dalam peti kan? 


Sape balik kampung untuk raya angkat tangan! Farah la orangnye hehe. Lama gila dah tak balik kampung. Akhir sekali balik masa medina 45 hari. Balik untuk majlis kenduri kahwin adik. Punya lah rindu kat rumah kat kampung. Rindu abah, umi, bilik tidur, dapur, peti ais, makanan kelantan/terengganu. Banyak benda rindu tau. 

Kali ni kami cuti seminggu. Memandangkan hari raya jatuh hari isnin dan selasa, alang-alang cuti lama sikit. Sebelum balik kampung, kami pi makan angin kat Cameron Highland dulu haha. Kejap je, 2 malam kat sana. Kami tak rancang nak pi Cameron Highland. Tapi disebabkan farah dok bising kat hubby nak pi Bali. Hubby pun cadangkan kami pi Cameron memandangkan tak pernah pergi sana. Awal-awal kahwin dulu pernah la rancang nak pi, tapi masa tu musim hujan, ribut petir. Jadi terpaksa batalkan rancangan. Alhamdulillah sampai jugak kat sana hehe. Nanti farah update tempat melancong kat sana ya.

Kami bertolak dari Cameron pagi lepas sarapan. Pukul 4 petang baru sampai rumah. Biasa lah jalan jem kalau musim raya ni. Tambah-tambah lagi kelantan, selalu sangat keluar berita cakap jalan jem hehe. 

Balik rumah tengok belakang rumah makin luas. Tak lama lagi boleh buat padang bola haha. Pasukan ade dah in the making. 
Bila balik, menu wajib mesti nasi bungkus. Nasi bungkus kat kampung tak sama dengan kat Langkawi. Biasa lah, masakan setiap negeri kan tak sama. Kalau ikutkan hati, nak tapau bagi frozen, pastu bawak balik Langkawi kekeke.
Ni lauk ayam merah. 
Ni lauk daging.
Ni lauk orang mengidam. Pasai dia ambik ikan ngan daging sekali hehe.

Kuih pun semua sedap hehe. Pulut panggang ataupun kat sana orang panggil pulut lepa, memang fevret farah. Kat sana inti ikan. Kalau kat Langkawi inti udang. Memang beza lah rasa dia. 
Nah inti ikan. Hehe.
Putu mayam!! Farah tak tahu ada tak kat negeri lain, Masa kecik-kecik dulu bukan suka sangat makan kuih muih ni. Tapi bila besar semua benda jadi fevret kot haha.
Nampak tak orang kat atas pokok? Hehe. Mai nak makan rambutan tapi kena panjat potong dahan pulak dah.
Dulu-dulu, tiap kali berkumpul ngan adik-adik, mesti kami bakar-bakar kat belakang rumah. Masa kecil dulu masak maggi je. Pastu selongkar peti ais cari ikan nak bakar hehe. Ingat lagi kalau dulu tak pandai nak hidupkan api. Mesti berjam-jam baru hidup. Masak nye kejap je. Tapi farah suka benda yang ade ala-ala BBQ ni hehe. 
Kali ni kami bakar lokching. Lokching ni beli banyak-banyak. Sekarang ni ramai orang jual online. Senang la bila nak makan terus ada hehe. Makan lah puas-puas. 
Yang bestnya lokching kali ni besar-besar. Memang puas hati makan hari tu.
Hari raya pertama kat rumah ada buat korban 2 ekor lembu. Bila ada korban macam biasa mesti orang ramai kat belakang rumah. Tahun ni nak pi tengok sebab dah lama tak tengok.  Pagi tu gigih la bawak medina pi sekali haha. Lembu yang pertama tu macam garang sikit. Hubby cakap sehari sebelum masa lembu tu sampai pun dia garang jugak. Boleh tahan lama tunggu sembelih tu. Lepas dah selesai seekor farah terus masuk rumah. Farah tak tengok yang kedua. 
Kat tempat korang biasa masak ape bila raya korban? Mesti ada sup daging kan? Farah tak berapa suka sup daging. Satu je sebab dia. Banyak lemak! Haha. Bila makan habis berminyak bibir macam kena sapu planta. Pastu pinggan mangkuk susah nak basuh. Leceh. Kadang-kadang makan jugak. Sebab sedap kekeke.

Ingat dulu ramai-ramai makan sup gearbox. Ambil straw hirup sumsum. Mesti korang pernah buat kan? Toksah nak tipu lah hehe.
Kat rumah tok buat satey dengan daging korban. Farah sempat merasa 2 batang je haha.
Sepanjang raya umi pi tolong masak sekali kat rumah tok kat depan rumah. Kami kat rumah masak sikit-sikit untuk rumah. Tapi yang ade kat rumah semua tak terer masak haha. Masak je ikut resepi. Tak de lah sedap sangat, tapi boleh la kalau nak puji diri sendiri haha. Ni buat roti jala ngan gulai ayam, tapi cair pulak gulai ayam tu. 
Tuddiaa. Ni daging goreng tradisi. Tiap kali korban memang goreng daging camni. Yum yum~

Raya kedua kami pi Bachok Kelantan. Tak ingat berapa buah rumah kami pi. Yang farah ingat, setiap rumah pun ada ketupat manis hahaha.
Budak kecik baru bangun tidur.
Dah habis raya kasi thumbs up hehe.
Best kan raya kat kampung? Meriah tak sama dengan tempat lain. Korang beraya kat kampung tak? Ke tak dapat cuti raya kikiki. Ape-ape pun farah usapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua!!

3 comments:

  1. cantik cantik gambar farah dalam ni...suka julia tgk...sup daging memang lepas makan penuh minyak kt bibir...lemak kan hehe...by the way mewah menu2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak juju! hehe. Kan? Asal makan je berminyak bibir hehe

      Delete
  2. Aduhh rindunya nak balik kampung. Meriahnya Aidiladha kat sana :)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign