12 Oct 2016

Best Sangat Ke Perfume De'Xandra ?

Nama perfume De'Xandra ni memang semua dah kenal. Glamor sangat dah. De'Xandra ni sebenarnya inspired perfume. Maksudnya bau macam perfume yang di-inspirasi (betul ke dok hehe). 
Farah macam biasa bila nak beli barang memang usha lama-lama baru beli hehe. Tengok orang lain kata apa dulu, baru la buka hati nak beli. Farah buat keputusan nak beli sebab dah bosan pakai perfume lama sampai rasa bau perfume tu busuk haha. 

Hajatnya nak beli perfume yang branded sebab dok langkawi kan bebas cukai. Murah la sikit dari biasa. Tapi bila fikir balik, inspired perfume biasanya bau 2x5 je ngan perfume asal. Apa salahnya cuba kan?
Jadi farah beli lah perfume De'Xandra ni dengan dealer dia. Farah beli yang lelaki dan perempuan. Sebab dah boooosan dengan perfume hubby hihi. Farah pilih Victoria Secret-Bombshell untuk farah dan 212 Sexy Men untuk hubby. 
Masa pilih tu farah tanya dealer nak perfume yang bau sweet and innocent untuk farah. Dan dia cadangkan Bombshell. Memang tak menyesal. Bau dia sedap. Manis-manis gitu. Tiap kali sembur mesti terfikir kat buah-buahan tapi tak tau buah ape. Haha.

Perfume hubby pulak bau seksi ceewah. Tak reti nak cerita bau dia. Tapi memang best. Kadang-kadang farah pakai yang hubby punya perfume hihi.

Pendek kata perfume ni memang best. 

Nanti nak repeat order bila dah habis.

Babai~




8 comments:

  1. wah teringin nak try.. berapa harga dia? hehe
    jemput join
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga satu tak pasti. Tapi beli dua tu dapat rm120 hehe

      Delete
  2. Tahan lama tak baunya kak? Nina Richie pun manis dan sedap baunya selain bombshell. (ikut pengalaman kerja kedai perfume,hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah cuba pakai masa tido, bangun pagi bau lagi. Kalau pi kerja kan lepas tu ambil wuduk. So tak tau bape jam hehe

      Delete
  3. Kawan kin pun ramai jual dexandra. Wangi oiii bombshell :)

    ReplyDelete
  4. Cik Renex pakai gak. Gucci Flora. wangi jgak baunya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah pakai DKNY be delicious. Yang tu best. Tahan sampai petang =)

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign