10 Oct 2016

Bestnya Bercuti di Cameron Highland!! | Part 2

Beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha yang lepas farah ke Cameron Highland. Saje bercuti sebab tak pernah pi sana. Farah pi sana 2 malam je. Sempat lah berjalan-jalan pusing Cameron 2 hari. Farah ada update cerita jalan-jalan kat sana untuk hari pertama. korang bole baca kat sini. Hari ni farah nak cerita kat korang tempat yang farah pi untuk hari ke-2 pulak hihi.
Pagi-pagi tu kami makan kat hotel. Farah memang pilih hotel yang ada breakfast. Sebab malas nak pusing-pusing cari makan pagi hehe. Farah duduk Hotel Rosa Passadena. Makan pagi dia boleh tahan. 

Kalau tekak melayu, nasik lemak ada, mee goreng ada, kuey tiaw goreng ada, roti canai ada. Kalau tekak omputih pun jangan risau, roti bakar, sosej, kacang bakar ada hehe. 
Farah makan campur lah melayu omputih. Biasa memang melantak habis-habisan kalau makan pagi kat hotel hehe. Kalau hubby pulak, mesti nak makan makanan melayu. Kalau ada nasi goreng, nasi lemak memang dia akan makan yang tu. Tak pernah makan roti bakar hehe.


Bharat Boh Plantation

Lepas makan pagi kami bersiap nak keluar. Tempat pertama kami nak pi mesti lah ladang teh. Kat sana memang banyak ladang teh. Tapi farah pilih nak pi Bharat Boh Plantation. Sebab ape? Sebab bila survey ramai pi sini. Orang kata scones kat sini sedap. Farah nak cuba scones kat sini, sebab tu lah hehe. 
Pemandangan kat ladang teh memang cantik. Tambah-tambah lagi pagi ada kabus.
Scones dia memang sedap. Lagi sedap dari scones yang farah makan kat The Big Red Strawberry Farm. Kalau nak suruh sebut ape yang bezanya tu tak reti lah haha. Tapi memang yang kat sini lagi sedap.
Macam-macam lagi ada. Pilih je nak apa.
Scones + butter + jem strawberry + fresh cream
Sambil makan farah nampak orang ramai turun bergambar dekat ladang teh dia. Jadi kami turun jugak nak pusing-pusing. Sekali tengok jalan dia curam. Bukannya curam sangat, tapi agak leceh la hehe. Dah la pagi tu hujan. Farah malas nak jalan kalau jalan curam so kami bergambar kat jalan atas je hihi.
Kat tepi cafe Bharat Boh tu ada gift shop jugak. Kalau nak beli gift bole pi sana jenguk-jenguk.


Ladang Strawberi

Lepas ke ladang teh, kami pi ladang strawberi. Sebenarnya farah nak pi Agrotechnology park dekat MARDI. Tak tau lah Waze bagi jalan pi mana, sampai kat mana pun tak tau. Tapi kat sini ada ladang strawberi yang bole kutip sendiri. 
Disebabkan semalam tak dapat kutip strawberi, hari ni nak jugak la merasa hehe. Tak de la spesel ape pun petik strawberi ni. Macam kutip buah pelam je kot haha. Farah tak kutip banyak, dapat RM12.70.
Banyak ni je kutip hehe. Hubby pilih semua yang bentuknya macam strawberi betul. Kalau bentuk heart ke, ade bonjol-bonjol ke, dia tak mau. farah je kutip yang bentuk pelik-pelik.
Tempat ni agak besar. Ni pun kami pusing tak habis semua.
Kea Farm

Kea Farm ni wajib pi kalau pi Cameron. Kat sini lah nak borong jagung ke, ubi ke, strawberi ke hehe. Borong lah banyak-banyak. 

Farah rasa pi Cameron mesti kena cuba jagung mutiara. Korang tau tak jagung mutiara yang mana satu? Yang warna dia kuning pastu ade putih sikit. Yang tu lah jagung mutiara. Jagung mutiara jauh lagi sedap dari jagung biasa. Sebagai peminat jagung farah berani gerenti hehe.
Ha tu yang ade putih sikit-sikit tu. Ni lah jagung mutiara.
Kedai mula-mula jumpa terus serbu beli jagung. 
Ubi pun farah beli kat kedai yang dalam sikit. Makan panas-panas best. Tapi masa beli tu dapat ubi tak manis huhu. Sedih gila. takde selera nak makan.
Bunga pun banyak. Malangnya ai tak minat bunga hehe.
Strawberi memang bersepah kat Kea Farm. Nak beli tu pusing habis dulu. Ada yg jual murah sikit. Tapi kalau murah sangat kena tengok juga. Mungkin murah sebab dah nak rosak. Pandai-pandai la korang pilih. 
Ubi farah ada beli sikit untuk bawa balik. Ubi semua kaler ade.
Masa jalan-jalan angin kuat mak aih. Bertambah-tambah sejuk bila angin kuat. 
Berhenti rehat kejap dah penat pusing
Lepas habis pusing Kea Farm, kami balik hotel semula untuk solat zohor dan rehat-rehat. Ape yang best jalan kat Cameron ni semua tempat dekat-dekat. Senang je nak singgah hotel rehat hehe. 

Farah beli sos coklat kat Kea Farm. Balik bilik terus cuba. Ni kali pertama makan cicah coklat. Boleh tahan sedapnya. Farah suka. Tapi hubby tak suka. Dia kata makan strawberi saja lagi sedap. Jadi farah sorang-sorang perabis sos coklat tu. Dah takde jalan lain kekeke.

Lavender Garden
Lavender garden ni salah satu tempat yang ramai orang pi. Tempat dia cantik. Kalau nak bergambar banyak la tempat korang boleh posing hehe.
Nak masuk sini kena beli tiket. Dewasa  RM8, kanak-kanak RM6. Budak bawah 5 tahun free. 
Keta ni nombor plat tak lepas JPJ hihi.

Kat sini tengok ramai orang dok amek gambar. kami pon pi la jugak amek. Nak kasi lawa kena duduk baru nampak bunga. Nak bergambar punya pasal anak nangis pon layan je hehe.
Kat atas ni ada surau. tak tau la bole solat ke tak. Farah tak masuk. Dok melilau kat luar je.
Kat sana tiba-tiba hubby cakap lapar sebab dia tak makan sebelum kami bertolak keluar tadi. Cari lah cafe kat situ. Tapi cafe tu tak banyak makanan. Aiskrim je banyak. Yang ada cuma sandwich ngan pai ni. Dua-dua tak sedap. Sampai tak le nak telan. Last-last makan semulut je. Baik beli aiskrim. Aiskrim mesti sedap.
Saja amek gambar kedai ni sebab comel satu kedai warna purple.
Farah tak perasan pula lavender dia ade kat mana lagi. Yang farah perasan kat depan ni je. Bila naik atas lagi bunga-bunga lain ada banyak.





Cactus Point
Kalau korang minat kaktus wajib mai sini. Rambang mata tengok. Penuh ngan kaktus. Farah ingat dulu masa sekolah pernah beli kaktus. Harga sama macam sekarang. Kaktus tak naik harga rupanya hehe. 
Tengok, penuh. Dah la tempat ni besar. Nak pusing tak habis.
Ni bahagian kaktus besar
Dulu farah beli kaktus macam ni lah. Tapi seminggu dah mati. Tau tau pasal pe. Dah tak pandai jaga. Pastu gi siram tiap-tiap hari sebab nak bagi besar cepat haha. Sampai sekarang tak nak bela kaktus dah. 
Macam-macam jenis ada.
Ada jugak yang farah geli bila tengok. Nampak macam ulat bulu hehe.

Fragrance Nursery

Mula-mula farah dengar nama Fragrance nursery ni farah bayangkan tempat buat perfume hehe. Rupanya bunga. 

Ada apa kat sini? Ada bunga, pokok-pokok dan tumbuhan yang ai tak kenal hehe. Kalau minat bunga mai la sini. Farah tak berapa minat, bunga pun tak kenal. 

Tempat ni luas, tapi takde orang datang. Kalau nak ikutkan, kebanyakan bunga/pokok dah ada kat tempat lain. Bila datang tu tengok benda yang dah tengok.

Kami masuk sini sat je. Tak sampai 15 minit. Masuk pastu keluar.

Restoran Nik Ikan Bakar
Malam kedua kami buat keputusan untuk makan ikan bakar. Kedai Nik Ikan Bakar ni dekat je dengan Hotel Rosa Passadena. Tapi kami pi naik kereta lah, malas nak jalan.

Farah pilih kedai ni sebab farah tengok ramai orang datang makan kat sini. Lagipun dah lama tak pekena ikan bakar.

Ikan bakar kat sini boleh pilih sendiri ikan dia. Lepas tu cara masak pun boleh pilih. Farah pilih bakar kosong, tapi rupanya bakar kosong tu ada kuah jugak hihi.

Order sampai cepat jadi kami agak berpuas hati. Makanan pun boleh tahan sedapnya. Memang recommended kalau korang nak pi.




Night Market
Night market pun salah satu tempat wajib kena pi. Kalau siang korang dah shopping kat Kea Farm, balik bilik baru perasan tertinggal barang nak beli. Haa, boleh la pi night market. 

Strawberi memang wajib ada lah. Lalu je kedai mesti dok panggil-panggil kita suruh beli. Farah pun terjebak sekali beli strawberi hehe. 
Kat sini banyak makanan. Kalau malas nak cari makanan kat kedai, mai je sini penuh makanan. Kami mai sini setakat cukup syarat nak jalan-jalan.


Banyak lagi tempat farah tak pi sebenarnya. Taman rama-rama dan bee farm pun tempat yang terkenal yang orang cadangkan. Farah tak nak pi bee farm sebab tak tau lebah banyak ke hape ke. Paranoid gila haha.

Taman rama-rama pulak farah tak nak pi sebab sebelum ni pernah pi taman rama-rama kat penang. Bila pi sana baru sedar rama-rama ni menakutkan bila kuantiti dia banyak. Dah nampak macam lipas dah. Sumpah aku tak mau pi lepas ni.

Pi Cameron ni best selain dari kena tahan pening jalan simpang siur hehe. Lain kali nak pi lagi.
Babai~




Baca

BESTNYA BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND!! | PART 1






8 comments:

  1. ada pasang angan2 nak ke sana...selalu tengok roang gi macam best je...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak bila pi. Dulu pun dok tengok orang je pi. dah pi sekali ni rasa nak pi lagi hehe

      Delete
  2. bestnyaa g berjalan cameron..lama da x p..last g dua tahun lepas.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tu. Boleh pi lagi sekali hehe. Lepas ni rasa nak pi jugak setahun sekali.

      Delete
  3. Bestnya jalan-jalan kat CH. Tempat untuk ketenangan & syok jalan mesti kat CH kan. Tiap-tiap tahun kalau boleh x miss nk pergi bagi yg dah biasa pergi. Mungkin sebab byk pokok, bunga, sayur, buah-buahan & cuaca sejuk kot nye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. Farah memang suka cuaca sejuk. Nak jalan-jaln pun selesa kalau banding dengan cuaca panas. Tapi lepas balik kulit habis kering. hehe

      Delete
  4. Baru jer lepas pi CH masa cuti tahun baru hijrah ari tu ... Best ... Sejuk walaupun dah tengahari ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestt.. pagi-pagi makan scone dengan cuaca sejuk, bole la berangan konon dok oversea hehe.

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign