11 Oct 2016

Masak Juga Akhirnya

Sejak akhir-akhir ni mood memasak memang kelaut. Ntah kenapa pun tak tau. Kadang-kadang masak tapi tak ambil gambar pun. Semua takde mood.

Semalam paksa juga masak untuk berbuka puasa. Lega rasanya. Hehe. Bila masak balik baru sedar rindu nak masak rupanya. 

Farah masak simple je. Terung goreng sambal belacan dengan ayam daging goreng kunyit. 

Terung goreng sambal belacan tu farah guna sambal belacan dari kampung. Sambal belacan tu memang kami beli buat stok tiap kali balik. Memang sedap gila sambal belacan dia. Walaupun pedas farah tak bole berhenti makan haha. Tapi kena sediakan aiskrim siap-siap sebab tak tahan pedas.
Ayam daging goreng kunyit tu farah campur ayam dengan daging haha. Pemalas. Leceh la nak masak 2 kali. Dah hubby tak suka daging. Farah pulak teringin nak makan daging. Campur la dua-dua sekali. Sonang citer.







No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign