10 Oct 2016

Sagu Gula Melaka Senang dan Sedap

Puding sagu gula melaka ni farah mula-mula tengok kawan farah kongsi gambar di facebook. Farah berkenan nak rasa sebab nampak cantik je kuihnya. 

Resepi ni farah dapat dari cikmatahari. Farah buat ikut bahan yang ada di rumah je. 

Puding sagu ni sesuai untuk hidang kalau ada tetamu istimewa datang melawat. Hias cantik-cantik dalam bekas mesti nampak ekslusif. Tapi kalau buat nak makan sendiri pon sesuai jugak hehe. Boleh makan banyak sikit ye dok. 

Simpan dulu dalan peti untuk sejukkan. Bila nak makan baru lah campurkan puding sagu + kuah santan + kuah gula melaka dan hidang. Lagi satu, kuah santan tu boleh ganti dengan susu cair. Mana-mana pun boleh. Tapi rasa akan berbeza kalau guna santan dan susu cair.

Farah dan hubby makan berdua kejap je habis hehe. 


Puding Sagu

Bahan-bahan:
1cawan biji sagu (warna putih)-farah guna warna hijau

1 liter air

1 helai daun pandan simpul -farah pakai pandan esen je
Pewarna kegemaran-farah tak guna

Cara-Cara:
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. Kemudian toskan
2. Didihkan air bersama daun pandan.
3. Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.
4. Masak hingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
5.Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir. Untuk buang kanji.
6. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian. Titiskan warna kegemaran masing-masing. Kacau guna garfu.
7. Masukkan ke dalam acuan. Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.

Kuah Gula Melaka

Bahan-bahan:
1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung ( hiris kecil dan nipis supaya mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis. Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.

Kuah Santan

Bahan-bahan:
1 cawan pati santan 

1/4 camca teh garam
1 cawan air

Cara-cara:
1 cawan santan pekat masak bersama 1 cawan air, tambah sedikit garam dan sejukkan.



Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan kuah santan dan juga kuah gula melaka. 






Selamat mencuba!!

2 comments:

  1. Adehhh tengah lapar ni.. Mintak sikit.. jap gik kene bikin megi ni.. Aduyai.. haha

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign