9 Jun 2016

KEROPOK LEKOR HOMEMADE

Assalamualaikum

Sebut je Terengganu, orang akan kaitkan dengan penyu. Setuju tak? Pernah jugak terfikir kenapa Terengganu yang dapat penyu ni? Penyu tak mau dok negeri lain kah? Haha. Padahal seumur hidup dok Terengganu tak pernah lagi jumpa penyu. Telur penyu adalah kahkah. Kalau telur penyu tu kat pasar hujung minggu pon ade.

resepi keropok lekor

Selain daripada penyu, mestilah batik dan keropok lekor. Ha jadi harini nak kongsi resepi keropok lekor homemade. 

Senang je sebenarnya buat keropok lekor ni. Cuma yang lecehnya kena perisi ikan tu. Penat dok tilik isi-isi ikan. Step lain tak de lah susah. Tak pandai masak pon boleh buat. 

Masa kecik-kecik dulu farah tak suka keropok lekor yang banyak isi ikan. Farah lebih suka yang banyak tepung. Orang panggil keropok kanji. Jadi keropok tu rasa kenyal sikit. Tapi bila dah tua sekarang farah lebih suka makan yang banyak ikan hehe. Rasa lebih umph gitu. Lagi satu, pencicah dekat sana tak dapat nak cari kat tempat lain. Tak de orang share resepi pencicah ke? Hehe.

Farah bukan rajin sangat nak buat, tapi lama tak balik kampung, nak cari keropok lekor yang banyak isi ikan tak ada kat sini. Jadi merajinkan lah diri untuk buat hehe. Farah tak pandai nak sukat-sukat tepung berapa banyak, main agak-agak je.

KEROPOK LEKOR
Oleh: Farah Sanusi

Bahan-bahan:
1kg ikan kembung- ambil isi je,tulang tak payah
tepung gandum
garam

Cara-cara:

1. Kisar isi ikan dalam food processor. Kalau takde pakai blender pon boleh.
2. Masukkan isi ikan yang dah di kisar kedalam mangkuk. Masukkan tepung gandum (agak-agak). Tak perlu banyak sebab kalau tepung banyak nanti keras lak keropok. Adunan memang lembut jadi tak perlu bimbang.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Gentel bagi panjang ikut suka kita lah.
5. Panaskan air sampai mendidih.
6. Masukkan keropok. Bila dah timbul boleh angkat dan tapis.
7. Bila nak makan potong pendek-pendek dan goreng.


resepi keropok lekor
ni rupa sebelum rebus. dah rebus lupa snap

resepi keropok lekor
Makan dengan bihun goreng pon best

SELAMAT MENCUBA!!
Baca Selanjutnya »

DUIT RAYA UNTUK PENJAWAT AWAM 2016

Assalamualaikum


Semalam rasanya kecoh dengan berita penjawat awam dapat bonus Hari Raya untuk tahun 2016. Sesedap je tukar nama haha. Nama skema dia sebenarnya Bantuan Khas Kewangan. Tapi panggil bonus lagi best. Kerajaan peruntukkan bonus ni untuk 1.6juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 




Alhamdulillah dapat lah RM500 hehe. Selain daripada penjawat awam, pesara kerajaan pun akan dapat bantuan kewangan sebanyak RM250. Bayaran akan di buat 13 Jun 2016. Tak lama dah ni keke.


Bila dapat duit mula lah dok berkira-kira dalam otak nak pakai buat ape. Macam banyak je nak guna duit bila raya kan? Beli baju, buat biskut, beli langsir, beli sofa barusedia duit raya untuk anak sedara, macam-macam lah. Tapi rasanya simpan dulu lah. Pakai duit budget sendiri dulu. Tak cukup baru tambah hehe.


Nak berita penuh boleh tengok kat sini

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign