15 Jun 2016

AYAM SWEET SOUR / AYAM MASAK MASAM MANIS SENANG & CEPAT

Assalamualaikum


AYAM SWEET SOUR / AYAM MASAK MASAM MANIS
Ayam sweet sour

Agak-agak berapa orang dok mengira hari ni hari ke berapa puasa? Hehe. Kira pasai sedih puasa makin nak habis atau sebab tak sabar nak raya? Farah tak kira berapa hari puasa. Tak main la kire berapa hari dah pose nih. Sebab dalam phone ade countdown kekeke. 

Semalam dok tengok citer korea. Farah tengok dalam citer korea selalu sangat ade makan sweet and sour pork. Jadi farah terfikir lah kalau pork tu tukar jadi ayam guane? Kuah tu nampak senang je pun. Maka mula lah karang resepi sendiri. ayam celup tepung + kuah sweet sour. Alah, kuah tu sama je ngan kuah ikan sweet sour. Hehe. 

Untuk ayam celup tepung, farah guna tepung gandum. Sebab tepung siap takde. Farah lagi suka tepung siap sebab gila goreng, dia rangup lagi lama. Rasa pon lagi best. Tapi malas nak pi beli tepung. Pakai je barang yang ade kat rumah. Farah letak tepung gandum, kuib ayam, garam dan serbuk kunyit untuk ayam tu.

Ok lah tak mau cakap panjang hehe. Selamat mencuba~

AYAM SWEET SOUR / MASAM MANIS

Bahan-bahan:
1 ketul dada ayam-kalau nak bahagian lain pon takpo
tepung goreng celup tepung (ke ape orang paggil? tepung kfc?)
1 biji telur
1/2 biji bawang holland
4 biji bawang putih
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
1 sudu cili kisar
1 inci halia-hiris panjang
air
gula
garam

Cara-cara:
1. Potong kuib dada ayam. Saiz kecik-kecik sesuai untuk sekali ngap.
2. Celup dalam telur, lepas tu gaul dalam tepung. Goreng.  dah gorang semua, ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, holland dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar. Tumis lagi.
5. Masukkan sos tomato, sos cili, halia. dan air. kacau sampai mendidih.
6. Masukkan gula garam secukupnya.
7. Tuangkan kuah keatas ayam celup tepung.

Siap!!

*farah potong halia besar sangat, hubby ingat lobak haha

TIPS:
Kalau nak pekat sikit boleh tambah tepung jagung (bancuh dengan air dulu) ya


AYAM SWEET SOUR / AYAM MASAK MASAM MANIS
Tu nampak tak 'lobak' keke

Selamat Mencuba!!

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign