17 Jun 2016

NASI KABSAH | SALATAH | ACAR

Assalamualaikum

Setelah beberapa hari tangguh, akhirnya semalam memberanikan diri masak nasi arab. Ni lah kali pertama masak nasi arab tau. Dah lama dok teringin nak makan nasi arab. Tapi bila hubby ajak pi makan kat kedai tak mau sebab takut tak sedap haha. Kali ni cuba masak sendiri. 

NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR

Paket Nasi kabsah ni dah sampai beberapa hari lepas. Farah cuma buka dan tengok ade ape dalam satu paket dan ape yang perlu sediakan sendiri. Dalam ni dah ade beras cukup untuk 5-6 orang, rempah kasar, rempah nasi arab, dan arahan lengkap masakan. Makan dengan hubby 2 kali. Masa berbuka puasa dan sahur. Masa buka puasa kami berdua makan tambah. Tu pun ade lebih lagi hehe. Dah la periuk rumah kecik je. Nasi sampai penuh keke.

NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR
Beras, rempah kasar, rempah nasi arab

Plan asal tak mau buat sos sallatoh. Tapi nanti tak de feeling nasi arab lah pulak kan. Jadi suruh hubby beli barang-barang lepas balik keje. Tapi lupe nak pesan suruh beli daun ketumbar. Tak masuk lah daun ketumbar dalam acar dengan sos sallatoh. Kalau ada lagi auuumm rasa nasi kabsah ai hehe.

Lepas masak ni rase senang giler. Pasaipa senang? Pasai dalam paket nasi kabsah ni dah ade siap-siap rempah. Tak payah pening-pening kepala nak fikir hehe. Tambah-tambah lagi noob yang tak pernah masak nasi arab macam farah. Sangat lah recommended. Senang, Cepat, Sedap.

Farah tak pakai bawang hiris. Sebab semua bawang kat rumah dah kisar siap-siap untuk cepat masak pagi-pagi sebelum pi kerja. Jadi farah pakai bawang kisar je. Terpulang lah korang nak pakai bawang ape.

NASI KABSAH 
Oleh: Farah Sanusi
Resepi asal: Dapur Siti Sidi

Bahan-bahan Nasi (5-6 orang makan):
1 paket set Nasi kabsah- beras, rempah kasar, rempah nasi arab
1 ekor ayam- potong kecil
2 kiub pati ayam
1 bawang holland-mayang
3 bawang putih-mayang
gula
air

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang holland, bawang putih, rempah kasar yang disediakan dengan api sederhana.

NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR
Farah guna bawang kisar
2. Masukkan 2 sudu besar air. Masukkan rempah nasi arab dan tumis sebentar.
3. Masukkan kuib pati ayam. Kacau sebati.
4. Masukkan ayam yang telah dipotong. Kacau dan biar sehingga ayam masak.

NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR
Lepas masukkan ayam

5. Masukkan air 4.5 cup (750ml). Masukkan 1/2 sudu teh gula. Tunggu mendidih.

NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR
Lepas dah masuk air dan ayam
6. Masukkan beras dan gaul rata.
7. Tunggu masak.

*Farah masak dalam periuk rice cooker atas dapur. Lepas masukkan beras, farah alih periuk ke tempat rice cooker untuk masak nasi. 

Bahan-bahan Sos sallatoh dan acar (2 orang makan):
1 batang timun batang
3 biji tomato
lobak merah- farah tak letak
daun ketumbar-farah tak letak
limau nipis/lemon/cuka - salah satu je tau. Jangan bubuh semua pulak
cili merah- nak pedas letak banyak lah
gula
garam

Cara-cara sos:
Kisar 1/2 timun batang, 2 biji tomato, cili merah, daun ketumbar, gula, garam dan perahan lemon/limau/cuka ikut citarasa masing-masing

NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR


Cara-cara acar:
1. Potong 1/2 batang timun batang, 1 biji tomato, lobak merah dalam bentuk 4 segi kecil

NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR
Potong dadu. Bahagian dalam timun tak payah ambil.

NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR
Potong dadu

2. Potong daun ketumbar sampai halus
3. Campur semuanya dalam satu mangkuk.
4. Masukkan gula, garam dan cuka mengikut citarasa masing-masing.
5. Gaul sebati.

NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR
Daun ketumbar takde ='(
NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR
Kita hidang kasi lawa sikit hehe
NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR
Sos sallatoh

NASI KABSAH  | SOS SALLATOH  | ACAR
Beras dia panjaaaaaaang. Bukan beras biasa hokay

Kalau korang nak order boleh contact  bawah:
Agen Sabah (area Sandakan) : Dear Darwisya
*Lain-lain area boleh pos*

atau boleh whatsapp 0139142160

Kbai~

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign