20 Jun 2016

Cholesterol tinggi??

Assalamualaikum


Dah seminggu farah masuk kerja semula lepas habis cuti bersalin. Hari pertama masuk kerja, pejabat suruh pi amek darah untuk simpan data ape ntah. Salah satu yang cek masa amek darah ada lah cholesterol hehe. Lepas seminggu baru result keluar. Jadi harini ramai-ramai pi amek result darah kami.


Lepas amek result, ramai la dok berduka cita sebab cholesterol tinggi. Farah salah sorangnya keke. Pastu, topik perbualan semua jadi pasal kesihatan je. Nak makan sihat, exercise. Makanan ape elok, apa tak elok. Buah low calorie, high calorie. Semua lah. Menu makan semua kena tukar dah haha. Doktor pesan jangan makan goreng-goreng dan seafood. Tak payah nak shell out bagai. Aiseh.. hat sedap lah tak le makan kan.

Tapi Alhamdulillah LDL farah tak tinggi. Cuma triglyceride je tinggi sikit. Lagi 6 bulan kena cek lagi. Yang penting gaya hidup kena tukar. Kalau makan 2 x 5 tak turun-turun lah.

Semoga istiqamah nak tukar gaya hidup keke.

Baca Selanjutnya »

KACANG BUNCIS GORENG SAMBAL

Assalamualaikum

Semalam 14 Ramadan adalah Hari Bapa. Jadi farah decide untuk masak full course lah untuk hubby. Biasanya tiap-tiap hari memang hubby pi bazar ramadan untuk beli lauk. Jadi masak kat rumah tak banyak lah. Nak masak time puasa ni tak larat + terlioq hehe. Nak rasa tak bole. Terlebih terkurang masin masam manis nasib lah. Agak-agak je. 

Farah masak nasi putih, kacang buncis goreng sambal , telur goreng dan butter chicken. Lauk biasa-biasa je. Asalkan ikhlas kuikuikui. 

Untuk bawang, korang boleh pakai bawang holland atau bawang merah. Farah memang lagi suka bawang holland sebab farah rasa lebih manis. Tumbuk tak perlu lumat sangat. Cukup-cukup je.  Lepas tu kalau nak tambah sayur lain pon boleh contoh macam baby corn. Comey sikit banyak kaler kan? Hehe.

KACANG BUNCIS GORENG SAMBAL

Bahan-bahan:
kacang buncis
1 bawang holland@merah - tumbuk
5 cili padi-tumbuk
1 sudu cili giling
garam 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau.
2. Masukkan cili giling. Kacau
3. Masukkan kacang buncis. Kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam.


KACANG BUNCIS GORENG SAMBAL

Nak resepi butter chicken boleh tengok sini

SELAMAT MENCUBA!!!
Baca Selanjutnya »

BUTTER CHICKEN PALING SENANG

Assalamualaikum

Rasanya semua orang tau kot butter chicken @ ayam goreng butter ni. Dulu viral kat facebook resepi dia. Semua orang pakat dok buat haha. Teringin lama dah nak buat tapi tak berkesempatan. Semalam pikir-pikir nak masak ape, terjumpa resepi butter chicken. Ape lagi masak lah kita semalam hehe.


Untuk orang yang tak pernah rasa butter chicken, rasa dia bagi farah sedap. Memang lain dari masakan ayam yang biasa makan. Cuma farah cepat muak sikit rasa macam ni. Tapi tengok orang lah. Selera orang tak sama. Farah memang tak suka sangat rasa butter hehe. Ada jumpa resepi letak cheese. tapi tak berani nak letak takut rasa dia tak sesuai lak nak makan dengan nasi haha. Korang try lah letak cheese.

Ape kate korang cuba dulu masak baru boleh cakap kena tak dengan selera korang. Selamat mencuba!!

BUTTER CHICKEN @ AYAM GORENG BUTTER

Bahan-bahan:
1 dada ayam-potong kiub
tepung kfc
1 telur
butter
susu cair
cili padi
daun kari-farah tak letak

Cara-cara:
1. Celup dada ayam dalam telur. Lepas tu salut tepung kfc. Goreng sehingga garing
2. Dalam kuali lain, panaskan butter. 
3. Masukkan cili padi dan daun kari. Biarkan sekejap
4. Masukkan susu cair. Kacau sebati.
5. Masukkan ayam yang letah digoreng. Gaul sebati.

Siapp!!

TIPS:
-Butter tu agak-agak je nak banyak mana. Kalau nak kuah banyak letak banyak. Susu cair pun sama.
-Kalau nak kuah pekat sikit, masukkan bancuhan tepung jagung. Farah letak sikit untuk bagi kuah pekat.





SELAMAT MENCUBA!!

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign