21 Jun 2016

KARI KETAM SENANG

Assalamualaikum..


Dah masuk 16 hari kita berpuasa. Kejap je dah separuh bulan Ramadan. Alhamdulillah sihat sepanjang bulan Ramadan ni jadi tak ada masalah berpuasa. Pagi ni dok muhasabah diri sendiri. Banyak tak habiskan duit bila masuk bulan puasa? Farah rasa tahun ni banyak habiskan duit. Sebab tiap-tiap hari pergi bazar beli makanan dan kuih. Walaupun makanan tak pernah bazir atau tak habis, tapi rasanya kalau tak beli kuih pon tak pe. Tahun depan azam tak mau pi bazar sebulan hehe.

KARI KETAM SENANG
Sedap ni ratah

Hari ni nak share resepi kari ketam campak-campak. Ehehe. Sebenarnya kari ketam ni bukan baru masak. Dah 2 minggu lebih dah masak. Tapi terlupa nak share. Jadi harini baru sempat nak share resepinya. Ketam ni sebenarnya abah hubby yang kasi. Abah memang selalu dapat ketam dan ikan yang fresh. Yang baru naik orang kate hehe. Jadi abah bagi kat kami sikit sebab kami hantu ketam. Dulu kalau tengah-tengah bulan, bila bulan mengambang kami akan pi kedai seafood untuk makan ketam je. Beli ketam masak sambal telur 2 kilo, bawak balik rumah makan sampai pengsan hehe. Ratah je la ketam tu. Kalau makan dengan nasi tak larat nak makan 2 kilo.

Masa nak siang ketam tu farah tanya hubby,

Tau tak beza  ketam jantan dengan betina?

Hubby tak tau. Dia tak penah perati ketam haha. Senang je nak bezakan jantina dia. tengok bahagian bawah, ade benda yang boleh selak tu kan? Kalau jantan yang tu tirus, kalau betina dia lebar. Yang ni farah tau sebab ade terbaca. Lepas tu bila perati memang betol. Kalau yang ada telur mesti yang lebar. Tapi jantan betina pon same je rasa dia hehe.

KARI KETAM SENANG
Yang ni betina

KARI KETAM SENANG
Ni jantan
KARI KETAM SENANG
Nampak beza kan jantan betina? satu lebar, satu tirus
Resepi kari ketam ni senang je. Farah masak ikut suka hati hehe. Kalau nak lagi senang, tengok belakang plastik rempah kari, ade jugak resepinya.

KARI KETAM SENANG

KARI KETAM 

Bahan-bahan:
Ketam-buka cengkerang, kerat 2
1 rempah kari ayam daging adabi- bancuh dengan air sikit
2 bawang holland- kisar
3 bawang putih-kisar
3 sudu air asam jawa
santan-farah tak letak
garam
gula
air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kari adabi. Tumis sebentar. Lepas tu tambah air sikit.
3. Masukkan santan dan air asam jawa. Kacau sebati.
4. Masukkan ketam. Kacau dan biarkan masak. 
5. Perasakan dengan garam gula.

KARI KETAM SENANG


*Kalau nak kuah lebih tambah air banyak sikit   
 

KARI KETAM SENANG

SELAMAT MENCUBA!!

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign