22 Jun 2016

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Assalamualaikum

Semalam asyik dok teringat nasi lemak umi. Rasa lame dah tak makan. Masa farah kecik dulu farah tak suka nasi lemak. Sebab tak suka sambal. Hehe. Tapi nasi lemak umi buat farah akan makan. Nasi lemak umi memang sedap. Sambal tak banyak minyak. Kalau farah tengok sambal biasanya minyak satu lapis huhu. Nak makan pon tak selera. Macam kuah minyak je. Lagi satu. farah tak suka ikan bilis yang tak goreng dalam sambal ikan bilis. Lembik semacam tak sedap. Hoho.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Farah pernah cuba masak nasi lemak sekali lepas kawen. Tak sedap! Haha. Ni tak tipu ah. Kena ngaku memang tak sedap. Tak tau kat mana yang salah sebab masak sendiri kan. Ikut resepi satu-satu dah. Sambal tak sedap. Nasi pon tak menjadi huhu. Lepas tu tak buat dah nasi lemak. Tak berani. Tapi hubby suka nasi lemak. Jadi kena try jugak le sampai jadi.

Farah buat keputusan nak belajar buat sambal bilis dulu hehe. Jadilah resepi hari ni. Nampak je simple. Nak bagi sambal rasa sedap bukan senang wey. Kalau senang dah lame ai jual nasi lemak okay.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan:(2orang makan)
1 bawang holland-kisar
2bawang putih-kisar
5 cili kering-kisar.kalau takde pakai cili giling takpe
ikan bilis
garam
gula

Cara-cara:
1. Buang perut dan kepala ikan bilis. Cuci lepas tu goreng garing.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar
3. Perasakan dengan garam gula
4. Masukkan ikan bilis. Kacau sebati

Siap!!

Hubby kata sedap dah. Ok la kot. Next time try masak nasik lemak pulak.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

SELAMAT MENCUBA!!



Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign