27 Jun 2016

Medina 1st flight!!

Assalamualaikum

Beberapa hari ni tak sempat update blog sebab balik kampung kat Besut. Dok kampung terus tak tengok henpon ehehe. 

Fateh cakap: "kenapa rambut dia banyak?" hehe
Selalunya kami balik kampung mesti naik kereta, hubby drive. Tapi kali ni tak sempat sebab tak ambil cuti untuk balik. Balik hujung minggu je. Kalau nak keluarkan kereta biasanya kami ambil cuti lebih 2 hari untuk trasport kereta. 

Kat langkawi ni kalau nak keluarkan kereta ade 2 cara. Nombor satu hantar sehari sebelum (kereta je, tuan kereta tak leh ikut). Maknanya hantar hari ni, esok kereta sampai seberang. Nombor dua naik roro/autoexpress (tuan naik skali). Sejak ade baby ni kami lagi selesa naik auto express. Tapi jadual dia tak sama setiap kali naik sebab ikut pasang surut air. Lagipun bila sampai seberang biasanya dah tengahari atau petang. Hubby tak suka drive malam jadi tak boleh la hehe. Disebabkan kesuntukan masa, kami buat keputusan untuk naik flight.

Mula-mula risau jugak lah nak naik flight dengan baby. Dah la kami sendiri pun tak biasa. First naik flight dulu orang sponsor melancong, kita ikut je orang bawak hehe. Tapi Alhamdulillah medina sangaaaaat bagus. 

Kami balik kena turun airport Pengkalan Chepa. Awal-awal beli flight firefly direct dari langkawi > pengkalan chepa. Tetiba dapat mesej firefly cancel. Rupanya depa dah tak buat dah flight direct sebab tak mendapat sambutan. Jadi kami kena la pi subang dulu. Kena la naik flight 4 kali. Dengar 4 kali tu bertambah-tambah bimbang huhu. Flight pertama medina tido je tak bangun-bangun. Sebelum takeoff tu dah get ready bagi dia minum susu sebab takut sakit telinga kan. Legaaa keke. Nak naik flight kedua kena tunggu hampir 5 jam. Masa naik flight pulak dah kena masa dia selalu meragam. Jadi flight kedua tu penuh dengan jeritan lah haha. Ai tebalkan muka je kat penumpang lain. Harap-harap orang faham lah. Flight balik semula ke langkawi berjalan lancar tanpa masalah. Dua-dua pun berjaya tidurkan medina. Umi's goal achieved \(^0^)/

Sebelum naik flight nak balik langkawi 

Kali ni balik kampung sekejap je. Sempat berbuka sehari je. Sehari pon jadi lah dari tak balik langsung. Oh rindu~ Untung le hubby dok dekat rumah. Farah je rindu kampung sesorang. Yang bestnya umi masak nasi ayam dengan rojak keling. Fuuh. Teringat je pun dah meleleh ayaq lioq. Sambil-sambil berguru macam mana nak masak kuah kacang ngan umi. Nanti kena try buat. 

Kali ni abang-abang ngan kakak-kakak ipar pun balik skali. Dapat lah jumpa. Dah dok jauh-jauh ni setahun sekali je jumpa agaknye. Bila lah next balik Besut.

Kbai

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign