11 Jul 2016

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya SYF.DEAN


KLIK BANNER ATAS UNTUK JOIN =)
Baca Selanjutnya »

MENANG Peraduan Duit Raya!!

Assalamualaikum

Yaay!!

First time menang peraduan/giveaway tau. Gumbira tak terkata lah. Walaupun bukan tempat pertama, tapi menang jugak hehe. 


Nak masuk banyak-banyak lah GA kot-kot bertuah lagi kan =)

Nak tengok nama pemenang lain boleh tengok sini
Baca Selanjutnya »

Aidilfitri pertama di Kedah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, Ramadhan berlalu dengan cepat. Dah masuk syawal dah kita. Tahun ni farah di beri kesempatan untuk berpuasa penuh. Rasa macam satu achievement pulak sebab dah lama tak puasa penuh hehe.

eh, semua pakai spek rupanya

Tahun ni tahun pertama farah beraya sebelah keluarga hubby kat kedah. Awal-awal mula bekerja dulu mama ade cakap kami beraya sebelah farah je la sebab dah tinggal dekat dengan mama abah. Tapi kesian pulak dengan hubby. Masa raya je lah dapat kumpul dengan semua adik beradik. Kalau tak susah nak dapat kumpul sekali gus kan.

Disebabkan raya kat Jitra, farah tak ambil cuti. Esok nak raya hari ni kerja lagi hehe. Petang tu balik kerja terus naik feri. Di Jitra kami duduk rumah abah kat sana. Rumah tu dah biasa dah duduk masa tengah posting kat Hospital Sultanah Bahiyah.

Malam raya korang buat ape? Kalau masa kecik-kecik mesti buat biskut, kek, masak sikit-sikit. Biasa farah menyibuk masa orang buat biskut dengan kek. tak reti nak buat sendiri hehe. Lepas tu kejap je farah rasa bosan. Yela, bakar biskut bukan kejap. Lama weh. Last-last mesti tinggal sorang je dok tunggu biskut siap hehe. Kat sini mama dah buat biskut kat Langkawi siap-siap. Lepas tu bawak je pi Jitra. Senang.

Dua-dua tak sudi hehe

Pagi-pagi hari raya pertama hubby datang bagitau farah mama abah kena balik  Langkawi sebab tok (moyang hubby) meninggal waktu subuh. Innalillahiwainnailaihirajiun. Jadi mama abah balik pagi tu jugak. Tinggal lah kami budak-budak kat rumah hehe. 

Dah orang besar tak de, beraya tak banyak sangat lah tempat nye. Kami pi 2 rumah je. u pun rumah sebelah-sebelah haha. Dah alang-alang ade masa free, farah ajak lah hubby pi Aman Central mall jalan-jalan. Kami pi dari pukul 3 petang sampai 9 malam baru balik rumah. Lama kemain padahal pusing-pusing je hehe.

farah + farhanah ( bukan kami yang nyanyi lagu sampai jannah ye)

Hari raya kedua mama abah datang semula Jitra. Baru lah kami sambung beraya. Keluarga hubby ada tradisi hari raya tau. Hari raya kedua akan pi kedai buku Popular lepas tu makan KFC hehe. Dapat lah farah merasa tahun ni. Alang-alang pi Popular tu terbeli jugak lah buku masakan dengan buku cerita untuk medina. Kalau tak memang tak kan beli buku punya. Farah dengan hubby jarang pi kedai buku. Hehe.

 






Hari raya ketiga kami terus balik Langkawi. Ingatkan musim raya tak de orang datang langkawi, sekali kat jeti penuh orang. Sampai cari tempat nak duduk pun susah. Nasib baik tiket dah beli sehari sebelum. Kalau tak ntah-ntah tiket habis hehe. 

Ni dah kosong sikit lepas feri sebelum kami berlepas



Haa lagi satu. Kat luar keccoh harga ayam naik kan? Kat sini ayam tak de langsung haha. 2 hari suruh hubby beli ayam sebab nak buat sate ayam, tapi kat market ayam takde. Lain kali kena beli siap-siap sebelum raya. Ntah bila baru bole masak ayam ni huuu.



~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~

Farah & Khairul sekeluarga








Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign