13 Jul 2016

JAGUNG MANIS SENANG DAN CEPAT

Assalamualaikum

Harini nak kongsi resepi jagung manis. Hehe. Bila pi mall biasanya ade je stall yang jual jagung manis dalam cup kan? 1 cup biasanya RM3.50. Mahal weh. Tu kalau makan sorang. Kalau pi anak beranak 5, 6 orang? Pokai lah sebab nak makan jagung manis keke. Pastu kalau orang yang hantu jagung macam farah ni kejap je dah habis jagung tu. Jadi penyelesaiannya, farah beli lah jagung frozen untuk buat sendiri kat rumah.

yum yum
Kejap je buat jagung manis ni. bahan pun senang, semua ada kat rumah. Main campur-campur je. Kalau time balik kampung ramai budak-budak pon best buat ni. Boleh makan banyak-banyak kekeke.

JAGUNG MANIS

Bahan-bahan:
jagung frozen
2 sudu besar marjerin/butter
1 1/2 sudu besar susu pekat manis
garam

Cara-cara:
1. Kukus jagung sampai masak. Ikut korang nak banyak mana. Macam mana nak tau masak? Ade orang kata 20 minit. Ada orang kata bila ada bau jagung tu masak lah. 
2. Campur 2 cawan jagung. marjerin, susu dan garam. 

TIPS
Nak lagi manis tambah je susu
Kalau pakai salted butter tak payah letak garam takpe. Takut terlebih masin.

Farah letak baking paper sebab lubang pengukus besaq sangat


SELAMAT MENCUBA!!

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign