19 Jul 2016

Hermo || Chriszen Lip Tinted Stick

Assalamualaikum

Entri hari ni farah nak citer sikit pasal shopping kat hermo.my. Korang tau tak hermo ni? Alah, online shopping mal ala-ala lazada, lelong etc. Hermo ni cuma jual barang kecantikan dan kosmetik. Ha, senang la sikit nak cari makeup kan? Hehe. Kalau korang minat barang kosmetik dari korea tapi tak tau mana nak cari, cuba lah cari kat hermo ni. Kot-kot ade. Farah tak godek perabis lagi web dia. Bahaya kalau godek lama-lama. Melayang lah duit ai hehe. 

Sebenarnya farah tengah cari lipstick baru. Nak pi kedai malas. Shopping online senang, klik sana, klik sini, dapat barang. Hehe. Lama jugak godek-godek nak pilih produk. Farah cari lip tint yang cecair sebenarnya sebab susah nak cari lipstick yang tahan lama. Lip tint lama sikit tahan. Lepas survey-survey farah buat keputusan nak beli lipstick Chriszen ni walaupon bukan cecair. Saja lah cuba kot-kot sesuai. Lagipon brand Chriszen ni kan glamer jugak.



Farah beli warna tangy tangerine. Warna dia oren. Farah memang suka lipstick oren berbanding pink. Kalau merah ok lagi. Kalau pink kurang gemar sikit hehe. Lipstick ni ade penutup dua-dua belah. Satu span, satu lagi lipstick.



Ni belah span dia. untuk ape span ni? Untuk pakai lipstick yang ade gradient efek. Gradient efek tu style korea sekarang lah. Hehe. Nampak tak oren-oren kat span tu? Ai dah try buat la tu hehe. Bagi farah, lagi senang guna jari kot. Guna span ni tak berkesan sangat untuk farah. Mungkin farah tak pandai guna kekeke.



Ni lipstick dia. Kat sini nampak gelap sikit kan? Tapi warna bila pakai cantik. Beza dari gambar ni. Setakat ni farah pakai tahan 6 jam keatas. Kalau makan atau minum dia tanggal sikit, tapi bila tengok dari jauh bibir masih nampak macam pakai lipstick. Dia tak melekit kat bibir jadi farah selesa lah. Tak berkilat jugak. Jadi kalau yang nak glossy finish korang kena pakai lip gloss lepas pakai lipstick ni.


Macam ni ha gradient lip. (credit: Chriszen)



Lipstick ni sampai dalam kotak ni. Ok lah packaging kemas. barang pon selamat. Kat dalam depa balut lagi dengan bubble wrap. Double protection gitu hehe.


Buka kotak tengok ada free gift lagi hehe. Ni namanya summer beauty pouch. Tak pasti lah dapat sebab kali pertama beli ke sebab store yang kasi. Asalkan free, farah amek lah hehe.



Kat dalam ade voucher untuk hermo ni. ni saje nak suruh farah beli lagi la ni haha. Alah, memang confirm beli lagi pasni hehe.


Ni tester dari h2o+. Hydrating treatment. Macam best je kan? Muka farah pun kering. Tak jumpa moisturizer yang best untuk pakai sebelum pakai makeup. Farah belum cuba lagi yang ni. Kalau best boleh la beli nanti.


Ni lipstick pallete heimish. 


Ada 5 tona semua. Farah ada cuba kod RGRD01. Cantik jugak warnanya. 


Face mask!! Hat ni memang suka lah hehe. Tunggu hujung minggu baru nak pakai. Ade pearl tu. nanti muka ai acah-acah flawless la pasni kekeke.




Ni cermin tangan. Comel tak? Macam button je farah tengok. Hehe. Kecik je, senang nak letak dalam makeup pouch. Tapi takde penutup. Tak ke calar cermin tu lama-lama hehe.

Keseluruhannya farah suka sistem hermo.my ni. Laju. Barang dapat kondisi elok. Lain kali nak tengok barang kosmetik korea. Nak lawa macam korea la pulak keke.


Babai~
Baca Selanjutnya »

Join Bloglist August AinulAqma


1. Follow blog AinulAqma

2. Click this link to join BLOGLIST AUGUST AINUL AQMA


Thank you in advance for joining darlingsss! You all rawks! :D


Baca Selanjutnya »

SEGMEN VVIP ( 13.07.2016 - 29.07.2016) BY AZLAN RUMADI




klik banner utk join!
Baca Selanjutnya »

Contest Doodle family raya by merahitujambu


Kali ni join contest doodle family hehe. Comel je doodle ni kan? Harap-harap bertuah lah.


Farah pilih gambar ni untuk contest kali ni. Sebab medina dok bebel-bebel masa amek gambar ni hehe.
Baca Selanjutnya »

Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman


klik banner untuk join!!

Baca Selanjutnya »

Pemenang 'PENCARIAN BLOGLIST BY FARAH SANUSI' !!

Assalamualaikum

Segmen Pencarian bloglist farah tepat jam 12 tengah malam tadi. Alhamdulillah. Walaupun kali pertama buat segmen dan farah cuma buat 2 minggu je, seramai 20 orang rakan blogger yang sertai segmen farah. Tenkiu semua!!

Mula-mula takut nak buat segmen. Ye lah, farah baru lagi blogging ni. Takut tak de orang nak join. Tapi sampai bila nak takut kan? Kalau dok takut tak habis-habis memang tak maju lah hehe. 

Hari ni farah nak umumkan nama-nama pemenang bertuah yang farah pilih menggunakan random.org. 

Tahniah untuk 10 orang yang bertuah!!


Sila lah blog walking kat blog kawan baru farah ni hehe.






















Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign