10 Aug 2016

Jamuan Lagi Dan Lagi || Klinik Pergigian Air Hangat




Assalamualaikum

Korang dah makan ke belum? Saja nak tunjuk gambar makanan kasi lapar haha. Minggu lepas klinik tempat farah kerja buat makan-makan sikit. Penutup syawal kononnya hihi. Klinik farah kerja ni kecil je. Staf tak ramai sangat. Jadi makanan pun cukup-cukup untuk kami. Kali ini pun kami buat potluck. Best sebenarnya buat potluck. Lagi meriah, lagi berjenis-jenis dan variasi makanan yang ada.

Ha banyak tak? Makan sampai petang pun tak habis lagi.
Bila ada makan-makan baru lah farah rajin sikit nak masak. Maklum lah duduk di rumah berdua je dengan hubby. Kalau buat kek sebijik ke, pemanis mulut yang banyak nanti tak habis. Membazir je. Jadi jamuan ni farah buat puding kastad jagung dan kek sunquick bakar. Dah lama sangat teringin nak buat puding jagung. Farah ada kongsi resepi kat sini kalau korang nak cuba buat. Resepi kek sunquick bakar boleh tengok sini. Farah suka resepi yang ni. Rasanya tak cuba dah resepi puding jagung yang lain hehe.

Bihun goreng dan mee goreng

Mula-mula ingatkan makanan tak cukup. Sekali bila dah hidang semua rupanya banyak! Sampai kena berkali-kali tambah baru habis. Lepas dah habis makan diaorang siap tapau makanan bawa balik. Farah pi lambat jadi tak sempat tapau. Takpe lah. Kata nak diet? Haha.

Puding kastad jagung dengan ayam masak merah 

Ni lauk kami beli. Sebab tiba-tiba orang yang bawa lauk tak sihat. Kami beli lauk sebab takut tak cukup

Begedil ayam k.nad buat. Cakap je tak biasa masak. Tapi bila masak sedap woo. Farah plan nak tapau balik sebab hubby suka begedil. Tapi tak sempat haha. 
Depa siap bawak dapur ngan kuali lagi sebab nak menggoreng hehe.

Ni pun goreng kat sana. Goreng awal sangat nanti tak sedap. Kena goreng masa hari kejadian lah hihi

Gula tumpah pun nak masuk gambar skali kekeke.
Farah buat kek sunquick dengan cream cheese topping sebab tak suka makan kek kosong hehe.

Ye saya tau nama skema dia tembikai. tapi farah panggil timun cina hihi  

Keropok keping. Memang ngam bila makan dengan bihun goreng dan mee goreng
Air koktel
Biskut raya bakar malam sebelum tuan dia kata haha.
Kemain presentation pemanis mulut dia. Nasib baik tak tambah ulam skali jadi hiasan hehe.
Ha banyak betul makanan. Tengok gambar balik rasa lapar pulak dah. Hihi. Bila lah jamuan lepas ni ye? Raya korban??

Babai~




Baca Selanjutnya »

Testing the cookbook || PUDING KASTAD JAGUNG

Assalamualaikum


Hari ni farah nak kongsi resepi puding kastad jagung. Puding jagung sebenarnya ada banyak versi. Ada yang guna agar-agar dan ada yang tak guna agar-agar. Farah suka puding tapi  tak suka agar-agar yang rasa dia agak keras/kental/tegang dan sebagainya hehe. Jadi farah dok cari resepi puding jagung yang tak perlu guna agar-agar. Kebetulan buku resepi yang farah baru beli waktu raya yang lepas ada resepi puding jagung. Tapi puding kastad jagung namanya. Lagi sedap lah ade dua bahan kegemaran farah, kastad dan jagung hehe.

Farah beli buku Chef Norzailina Nordin. Nanti nak cuba semua resepi dalam buku ni.
Farah buat puding ni untuk bawa masa ada jamuan di tempat kerja. Alang-alang teringin nak makan puding. Farah buat dalam bekas yang besar sebab tak ada bekas kecil untuk bawa. Tapi bila potong puding ni dia senang pecah sebab dia tak ada agar-agar. Lembut sangat pudingnya. Lagi senang kalau makan guna sudu terus. Kalau korang nak cuba buat puding ni, jangan guna bekas besar ye. Guna bekas yang kecil yang sesuai untuk seorang makan. Baru lah tak bersepah bila makan hehe.

Farah cuba buat guna acuan sebab dalam buku ada guna acuan. Tapi nak keluarkan dia susah yang amat ! Sampai guna lidi untuk tarik keluar haha.
Farah buat dalam loyang macam ni. Korang jangan buat bekas besar tau. Buat bekas kecil baru senang nak makan.

PUDING KASTAD JAGUNG

resepi asal: Chef Norzailina

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastad
700ml air
370ml susu cair
3/4 cawan gula pasir
1 tin jagung manis ala krim

Cara-cara:

1. Larutkan tepung kastad dalam air. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Masukkan susu cari dan gula. Kacau dalam api kecil sehingga mendidih.
3. Masukkan jagung manis ala krim selepas kastad menjadi pekat dan kacau rata.
4. Tuangkan kedalam acuan/bekas. Biarkan sejuk.



TIPS:

Untuk yang tak pernah masak guna tepung kastad, penting untuk tau yang tepung kastad perlu dibancuh dengan air dulu sebelum dimasak. Kalau tak nanti berketul-ketul jadinya.

Susu cair dalam resepi tulis 370ml. Bila farah sukat satu tin susu tu memang 370ml. Kalau korang malas nak sukat guna je terus satu tin. tapi lebih baik sukat sebab susu dalam tin tak sama besar hehe.

Gula kalau tak suka manis kurangkan je. Farah rasa ikut resepi ni ok dah manisnya. Tak lebih tak kurang.

Nak makan simpan dalam peti kasi sejuk dulu. Baru mengancam rasa dia hihii.



Testing the cookbook (kesedapan): 5/5 

SELAMAT MENCUBA !!

Babai~

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign