16 Aug 2016

Berjaya Buat Pau Cendawan Viral !!

Assalamualaikum

Haaaa.. Korang pernah makan tak pau cendawan ni? Kalau tak silap farah pau cendawan ni mula muncul masa bulan puasa tahun ini. hari-hari nampak di facebook gambar pau ni. Teringin sangat nak makan sebab glamour kan haha. 


Lama juga cari resepi pau ni. Nak buat tapi takut tak suka. Sebab? Farah tak suka cendawan butang hahaha. Kalau sup cendawan ok lagi lah boleh telan. Kalau cendawan yang boleh nampak rupa cendawan tu memang kurang gemar. 

Sebelum farah buat pau ni farah tanya hubby dulu,

'Abang suka cendawan tak?'

'Tak suka.'

Dengar jawapan hubby tu dah rasa macam tak mau buat dah hihi. Yela kalau buat nanti kami dua-dua tak suka camne? Jadi kawan setan le namenye. Kuikui. Lepas pikir-pikir panjang, farah buat jugak. Kalau tak habis boleh sedekah ke jiran. Tak mau cakap panjang, nah resepi. Sangat recommended!!

PAU CENDAWAN
Resepi asal: Ana Mariana

Bahan-bahan Doh Pau (dapat 8 biji pau)
2 cawan tepung pau
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar shortening
2 sudu besar susu pekat
1 paket yis segera 


Cara-cara:
  1. Mula-mula ambil air suam. Larutkan gula, susu pekat dan yis. Biarkan 15-20 minit sehingga yis mngembang & berbuih.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung pau, garam, baking powder dan shortening. Ramas-ramas sampai sebati.
  3. Bila yis dah mengembang, masukkan kedalam adunan tepung tadi. Uli sampai tak melakat di tangan.
  4. Rehatkan doh 20 minit. Tutup bekas dengan kain lembab. 

Bahan-bahan Coklat Sapu
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung beras
sedikit air

Cara-cara:
  1. Campurkan serbuk koko dan tepung beras.
  2. Masukkan air sekidit demi sedikit.
  3. Kacau sampai sebati. Jangan terlalu cair atau pekat.

Bahan-bahan inti
1 biji bawang Holland-potong dadu
2 ulas bawang putih- dicincang halus
Isi ayam - potong dadu, tulang tak payah. Kang makan pau tercekik tulang ayam
1 tin cendawan butang-farah potong dadu. Nak hiris nipis je pon bole
1 kiub ayam
2 keping cheddar cheese
Gula
Garam

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang Holland dan bawang putih.
Masukkan isi ayam. Kacau hingga separuh masak.
Masukkan cendawan butang. Kacau hingga ayam masak.
Masukkan kuib ayam, gula dan garam secukupnya.
Masukkan cheese dan kacau. Tutup api dan siap.

Masa untuk menge-Pau!!

  • Bila doh tadi dah mengembang, boleh mula buat pau.
  • Leperkan doh tadi kecil-kecil. Saiz ikut kita lah nak besar mana.
  • Masukkan inti di dalam dia. Kemaskan supaya tak terbuka.
  • Alas atas kertas (farah guna kertas A4 je)
  • Sapukan bancuhan coklat atas pau tu.
Jangan sapu tebal sangat tau. Nanti cendawan tak berapa merekah. Farah takde berus, sapu guna sudu je. Jadi sapu tu ade tebal ade nipis.
  • Biarkan 45 minit sampai adunan mengembang dan merekah.
Bila dah kembang jadi camni lah.

Kalau tebal sangat rekahan cendawan tak comey, Besar-besar camni. Sapu coklat cukup-cukup je ok.
  • Sambil tunggu ‘cendawan’ kembang, panaskan periuk kukus.
  • Kukus guna api besar selama 10 minit.
sedia nak kukus
  • Kalau korang buat batang cendawan tu,kukus skali dengan pau.  Farah tak buat batang dia, malas haha. Bila pau dah masak baru korang masukkan batang pau kedalam pau tu
  • Tutup penutup periuk kukus dengan kain supaya air tak menitik atas pau kita.
Tutup camni. Kepit ngan pengepit ikea je senang. Malas nak ikat hehe.
  • Lepas 10 minit keluarkan. Makan panas-panas memang sedap!\
Bila dah masak macamni rupanya. Makan panas-panas sangat sedap!!!

Feedback farah

Tak tipu, pau ni memang sedap. Baru angkat je kami habiskan 4 biji hehe. Patutlah pau ni viral semacam. Farah dan hubby tak suka sangat cendawan. Tapi dalam pau ni tak rasa pun cendawan. Tak tahu lah sebab farah potong cendawan tu halus-halus atau sebab lain. 

Untuk isi ayam farah pakai ayam kisar. Sebab dalam peti memang dah ada. Ayam kisar pon ok. Sedap je bagi farah.

Coklat sapu tu jangan sapu tebal sangat takut rasa koko terlalu kuat. Ada pau yang farah sapu tebal, pahit kemain rasa koko haha. Terpaksa kikis lapisan koko tu. 

Resepi ni nampak je macam banyak step dan rumit. Sebenarnya senang je. tak susah pun. Rasa macam nak buat lagi pau minggu ni hehe.



SELAMAT MENCUBA!!

Babai~



Nak join Giveaway farah boleh klik sini








Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign