2 Sep 2016

Jalan-jalan di Underwater World Langkawi

Hari Merdeka yang lepas, farah dan hubby ke Underwater World Langkawi di Pantai Cenang. Kononnya nak bawa medina tengok ikan. Padahal saja cari alasan nak jalan-jalan hahaha. Sebelum ni farah dah pernah ke Underwater World ni. Kalau tak silap 3 tahun yang lepas. Masa tu kami belum bekerja. Masih menumpang rumah mertua lagi. Farah baru je menetap di Langkawi, jadi hubby bawa jalan-jalan. 

Awal-awal dok langkawi ni rajin juga lah pi merata tempat. Bila dah dok lama-lama, dah tak pusing pulau dah hehe. Masa kali pertama ke Underwater World ni, farah cakap kat hubby, farah tak nak mai dah. Sebab farah kurang minat melawat ke tempat yang macam muzium hihi. Tapi kali ni pi juga. Sebab lama dah kan tak pi. Rupanya dah ada benda baru kat sini. Tak menyesal juga lah pi sana. 
Berapa harga tiket masuk? Kalau tak silap, harga berbeza untuk bukan warganegara, warganegara dan penduduk Langkawi. Farah dapat harga Langkawi sebab hubby ic Langkawi.
Ni tangki yang paling depan sekali. masuk je nampak lah tangki ni hehe. Farah biasanya jalan je. Takde lah berhenti baca semua nota yang dia tampal kat tangki tu.


Sebenarnya farah takut dengan ikan yang besar. Kalau tengok tu nampak ngeri je. Tiap kali tengok ikan-ikan tu mesti terbayang jatuh dalam tangki lepas tu kena serang. Hahaha.

Sedap je dia dok lena. Hubby kata dok berjemur. Berjemur hape bukan ade matahari kekeke.
Ni kami pon tak tau dia buat ape. Tapi rasanya depa tengah ade perhimpunan ni. Pasal semua pun  pandang tempat sama haha.
Datang berapa kali pun wajib ambil gambar kat sini. Hehe. Kali ni bagi medina nampak muka. 
Dah habis bahagian penguin, kami ke bahagian yang seterusnya. Sampai la kat tempat yang takde sebelum ni. Yang pertama kami pi kat bahagian VR dulu. Korang pernah guna VR tak? Farah pernah cuba sekali kat Samsung center. Tapi kejap je. Jadi kali ni nak cuba lah. Hari kami pi sana ade promosi yang VR ni. RM15 untuk dua orang. Harga asal dia RM15 seorang. Masa tu ade 3 video yang dia tawarkan. Bole pilih salah satu je. Video roller coaster, dinosaur dan cerita seram. Video roller coaster dan dinosaur masing-masing 5 minit. Cerita seram pulak 8 minit.

Farah tanya hubby dulu nak yang mana. Hubby cakap tak kisah mana-mana. Farah pun tak tau nak pilih yang mana. Kalau ikutkan nak yang berbaloi mesti lah cerita seram sebab lagi lama kan? Adik yang jaga tempat tu pun cadangkan untuk ambil cerita seram sebab farah cakap farah takut hantu hahaha. Farah pun setuju lah. Sebab farah fikir roller coaster sah-sah bosan hehe.

Mula-mula kami di pakaikan VR masing-masing dan earphone. Masa ni medina dah tidur dah. Jadi boleh tengok dengan aman lah. Seram ke tak? Mak aiiii. Ni bukan cerita hantu. Ni cerita torture! Korang pernah tengok silent hill? Hantu dia macam silent hill. Pastu hantu dia ada mai korek-korek perut, cucuk leher ngan gunting. Urgh.

Masa baru mula video tu farah tak tahan, farah buka lah VR tu haha. Kalut adik-adik kat situ mai tanya, "kak ok ke kak?". Agaknya depa ingat ade problem ngan VR farah. Farah keluarkan telefon, ambil gambar hubby. Pelik juga tengok hubby senyap je tak bergerak langsung. Dah habis tengok tu tanya hubby, rupanya dia tutup mata sepet-sepet. Hahaha. Dua kali lima je penakut kami ni. 
Mat saleh berdua ni tunggu lepas kami siap. Agaknya depa tengok reaksi kami masa tengok video haha. Wat malu je.

Lepas habis VR, kami ke bahagian seterusnya. Kat sini ada dua bahagian. Satu mirror maze. Satu lagi typhoon simulation kalau tak silap. Kat typhoon simulation ni tak boleh bawa baby, jadi farah tak masuk. 
Ni pulak mirror maze. Sebelah-sebelah je dengan typhoon tu. Kat sini pun bayaran asing, tak termasuk dengan tiket di pintu utama. Seorang RM18. Kanak-kanak farah tak pasti harganya. 
Sebelum masuk maze kami diberi pelapik kasut pakai buang, sebab basah katanya. Tapi farah rasa macam tak basah pun hahaha. Pakai je la.
Mirror maze ni ade 2 versi. Siang dan malam. Kalau siang tu gelap juga, tapi ada banyak lampu. Kalau malam tu lampunya kurang, jadi bertambah-tambah gelapnya. Sebelum masuk dalam maze kami minta perlahankan bunyi muzik dalam maze sebab medina tengah tidur. Nasib baik boleh hehe. Staf kat sana pun baik je. 
Ni lepas dah berjaya keluar dari maze sekali. Staf sana kata boleh kalau nak masuk lagi sekali, tak perlu bayar lagi sekali. Jadi kami masuk lah lagi sekali. Kali pertama masuk, farah yang cari jalan keluar, kali kedua hubby yang cari jalan keluar, Ha, lampu yang kami pegang tu dia kasi sebelum masuk. Farah guna lampu tu untuk sentuh cermin masa cari jalan keluar. Hubby pulak guna macam lightsaber kekeke. Lampu ni boleh bawa balik. jadi tak perlu risau korang rosakkan lampu tu masa cari jalan keluar. Kot lah ganas sangat pakai lampu kan hehe.


Tak habis lagi dengan lightsaber dia.
Bila keluar dari Underwater World, kita akan keluar ikut mall. Kat situ ada aiskrim gulung. Rasanya kat langkawi ni sini je ade aiskrim gulung. Farah nak perisa mangga tapi habis. Pisang pun habis. Jadi ambil lah perisa milo. nasib baik milo sedap juga. Hehe. 
Balik dari Underwater World, masa tu dah tengahari. Hubby nak makan nasi dagang. Mula-mula risau juga tak ada sebab dah tengahari. nasib baik ada lagi. Nasi Dagang Pak Malau ni dekat je dengan Makam Mahsuri. Kalau nak pi Makan Mahsuri tu akan jumpa kedai ni.
Betul-betul tepi sawah padi. Kalau datang makan pagi mesti lagi cantik. Farah suka suasana kampung macam ni. Tenang je nampak.
Ikan buntal!! Haha. Exotik sungguh hiasan kedai.

Gulai ikan farah punya. Resepi asal memang ikan kan? Rasa macam betul dah haha. 
Farah tak minat sangat nasi dagang. Farah lagi suka nasi kerabu. Sebab nasi dagang susah nak jumpa yang sedap hehe. 
Gulai ayam mesti lah hubby punya. Tapi sebenarnya kami kongsi-kongsi lauk. Jadi dapat rasa dua-dua hehe. Ayam kampung pun ada. Tapi farah tak suka ayam kampung. Keras.
Kopi ais.
Sunquick
Ni ha kedai dia. Kecil je tapi comel.


Korang pi mana masa hari merdeka? Dok rumah ke jalan-jalan?
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign