12 Oct 2016

Best Sangat Ke Perfume De'Xandra ?

Nama perfume De'Xandra ni memang semua dah kenal. Glamor sangat dah. De'Xandra ni sebenarnya inspired perfume. Maksudnya bau macam perfume yang di-inspirasi (betul ke dok hehe). 
Farah macam biasa bila nak beli barang memang usha lama-lama baru beli hehe. Tengok orang lain kata apa dulu, baru la buka hati nak beli. Farah buat keputusan nak beli sebab dah bosan pakai perfume lama sampai rasa bau perfume tu busuk haha. 

Hajatnya nak beli perfume yang branded sebab dok langkawi kan bebas cukai. Murah la sikit dari biasa. Tapi bila fikir balik, inspired perfume biasanya bau 2x5 je ngan perfume asal. Apa salahnya cuba kan?
Jadi farah beli lah perfume De'Xandra ni dengan dealer dia. Farah beli yang lelaki dan perempuan. Sebab dah boooosan dengan perfume hubby hihi. Farah pilih Victoria Secret-Bombshell untuk farah dan 212 Sexy Men untuk hubby. 
Masa pilih tu farah tanya dealer nak perfume yang bau sweet and innocent untuk farah. Dan dia cadangkan Bombshell. Memang tak menyesal. Bau dia sedap. Manis-manis gitu. Tiap kali sembur mesti terfikir kat buah-buahan tapi tak tau buah ape. Haha.

Perfume hubby pulak bau seksi ceewah. Tak reti nak cerita bau dia. Tapi memang best. Kadang-kadang farah pakai yang hubby punya perfume hihi.

Pendek kata perfume ni memang best. 

Nanti nak repeat order bila dah habis.

Babai~




Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign