13 Oct 2016

Mee Udang Famous Pulau Tuba

Korang tau tak Pulau Tuba ni kat mana? Pulau tuba ni salah satu pulau yang ada kat sekitar Pulang Langkawi. Kami panggil Tuba je hehe. Kerja kat Langkawi ni memang wajib lah kena berkhidmat jugak kat Tuba. Sebulan sekali kami kena pi sana untuk buat rawatan pergigian. Bukan orang yang sama setiap kali, gilir-gilir. 
Farah dah lama tak pi buat rawatan kat Tuba. Lepas mengandung hari tu farah minta kawan gantikan setiap kali sampai giliran farah. Sebab tak berani naik bot. Kalau nak pi Tuba ni kena naik bot kecil. Memang terhentak-hentak bila naik bot. Nasib baik kawan sanggup ganti setahun hehe. 
Farah paling suka kue tiaw udang, tapi kali ni nak cuba nasi goreng udang sebab orang cakap sedap.
Dekat Tuba ni memang terkenal dengan Mee Udang Mak Lang. Dari dulu lagi kalau pi sana mesti pi makan mee udang. Bukan mee udang je ada. Kue tiaw udang, nasi goreng udang, megi udang, bihun udang, semua ada. Tapi yang paling terkenal mee udang lah.
Tunggu nak naik bot
Sebelum ni farah naik bot lain, lagi kecik. Sekarang dah ada bot baru kot. Jadi besar sikit. Masa jalan pun tak terhentak-hentak hehe.
Driver tak ada, mula la pusing-pusing satu bot hehe.
Jaket keselamatan
Sampai je Tuba tengok cuaca dah gelap semacam. Biasa lah hujung tahun kena bersedia nak redah hujan kat pulau.
Bulan depan nak makan kue tiaw udang pulak hehe.


Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign