18 Oct 2016

Telaga Arabic, Pantai Cenang Langkawi || Puas Hati !!

Rasa macam mengidam nasi arab pulak. Sedapnyeee. Kalau masa belajar kat kelantan dulu ada satu kedai nasi arab farah selalu pergi. Semua jenis masakan arab dia sedap. 

Yang paling best, air yogurt dia. Susah nak cari kedai makanan arab yang hidang air yogurt pelbagai perisa. Kalau ada pun mesti yang original. Farah tak suka yang original. Masam haha.
Baru-baru ni ada pergi ke Cenang sebab nak cari nasi arab. Banyak pilihan kedai makanan arab dekat Cenang. Tapi kami pilih Telaga Arabic sebab tak pernah pergi. Kalau tak silap farah Telaga Arabic dengan Telaga Seafood ni sama tuan. Sebab kalau tengok menu Telaga Arabic ada seafood sekali.
Suasana dalam kedai dia nampak ekslusif. Rasa makan makan kat tempat mahal pulak hihi. Kami pilih meja yang dok dalam bangunan. Korang boleh pilih yang berada kat tepi. Tapi farah lebih suka makan dalam aircond.
Pilihan makanan dia memang banyak. Menu dia ada juga seafood. Hampir-hampir melencong pi order seafood hehe. Kalau order seafood lari la tujuan pi cari kedai makanan arab kan?
Hubby pilih nasi mandy ayam, farah pula pilih shish kebab dengan roti nan. Bila makanan sampai kat meja, kami dua-dua terkejut. Banyak gila nasi! Boleh makan 3 orang tau. Haha. 
Kalau tau nasi banyak order satu jenis makanan je tadi. Dah la shish kebab pun banyak. Disebabkan takde pilihan, kami makan juga sampai habis. tapi ambil masa sikit nak habiskan hihi.

KOMEN FARAH

Nasi mandy ayam sangat sedap. Nasi saja pun dah sedap. Ada sesetengah kedai nasi dia tak ada rasa. Lepas tu dapat sekali kuah. Kuah dia pun menyelerakan. Sebab nasi dan kuah sedap lah kami berjaya habiskan nasi ni hehe.
Shish kebab ayam farah suka. Sedap! Yang lagi satu farah tak pasti lamb ataupun beef. tapi kurang kena dengan selera farah. 
Servis keseluruhan sangat bagus. Waiter yang ambil order dan hidangkan sangat profesional. Masa medina bising-bising sebab ngantuk, waiter datang tanya, "are u ok sir?" hehe. Layanan first class mesti lah orang suka kan?




Ok, lain kali nak cuba Telaga Seafood pulak. Babai~




Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign