1 Mar 2017

Cheese Tart Kuali

Farah nak kongsi resepi cheese tart kuali hari ni. Sebenarnya Cheese tart kuali ni lama dah menular. Ceewah. Nak kena berlatih guna 'tular' bukannya 'viral' dah lepas ni. Haha. 

Cheese tart kuali ni farah cuba buat masa teringin nak makan cheese tart. Nak buat dengan oven, farah tak ada acuan untuk buat cheese tart. Jadi cheese tart kuali lah jawabnya. 
Jom cuba buat ramai-ramai. Senang je nak buat cheese tart ni. Tak perlu pakai mixer bagai. Kacau gaul pakai tangan je. 

Masa farah buat tart ni farah ada buat salah sikit. Farah canai doh tart tu tebal sangat untuk bahagian bawah. Bila masak tart tu perlukan masa yang lebih lama dah bahagian bawah tart tu berkemungkinan akan hangus. 

Jadi korang pastikan canai doh dia tak tebal sangat tak nipis sangat. Sedang-sedang. 

Nak makan farah suka simpan dalam peti dulu kasi sejuk. Tapi kalau korang suka makan hangat-hangat pun ok. 




Cheese Tart Kuali 
Resepi asal: Azlina Ina


Bahan-bahan untuk crust:

1/2 cawan butter atau majerin
2 cawan tepung gandum (guna tepung Cap Ros lebih rangup)
1 sudu kecil garam
1 biji telur

Cara-cara:

1. Ramas semua bahan untuk crust. Boleh letak bahan ini terus dalam bekas atau kuali yang hendak digunakan. Boleh tambah tepung sedikit-sedikit agar tidak terlalu melekat. 

2. Letak satu biji telur lalu gaul dan uli sampai jadi doh.
3. Letak doh dalam kuali dan ratakan sama ada guna senduk atau tangan. 

4. Ambil garfu, tekan di bahagian tepi doh. Jangan terlalu tebal. Kalau nipis masak lebih cepat dan sekata. Siap bahagian crust.


Bahan-bahan filling:

125g cream cheese (boleh guna lebih ikut saiz kuali)

1/2 cawan susu segar atau whipping cream untuk rasa lebih lemak.

3 biji kuning telur
1/2 cawan susu pekat
1sudu kecil esen creamy vanila

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan ini menggunakan blender atau pengisar. Dalam bekas berasingan bancuh satu sudu besar tepung jagung dgn 1/4 cawan susu segar.  Masukkan bancuhan  dalam filling yang siap dikisar tadi. Kacau rata.  


2. Tuang filling dalam crust yang disediakan tadi.

3. Tutup rapat kuali semasa memasak. Kalau tak, lambat masak.

4. Gunakan api paling kecil supaya crust tidak hangit. Masak selama 30 - 35 minit mengikut api dapur dan jenis kuali yang digunakan. Jenis kuali yang tebal dan nipis tempoh masak berbeza.


Untuk menentukan tart sudah masak, perhatikan bahagian filling. Kalau dah keras dan crust nampak garing bermakna tart dah masak.

Farah buat crust terlebih tebal, jadi filling dia lambat masak. Ingat, crust jangan tebal tau.

Walaupun crust agak tebal, rasa dia masih sedap hehe. Biarkan sejuk dulu sebelum makan. Lagi sedap kalau korang dimasukkan dalam peti ais dulu. Yummeh~



5 comments:

  1. Wahhh x pernah try nak buattt .. nampak best plak buat dalam pan hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah buat..farah pun first time je buat ni. sebelum ni memang tak berani buat tart sebab nampak susah. resepi ni memang senang hehe.

      Delete
  2. Fuhhh nampak menyelerakan sangat ni~~
    Resepi pun mudah je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan masa sejuk memang thumbs up~(eh puji diri sendiri ke) hehe

      Delete
  3. Awh sedapnya kena try buat balik rumah nanti ni!

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign