8 Apr 2017

Akhirnya Selesai Buka Akaun Tabung Haji Medina

Aik? Umur medina bukan dah setahun ke? Ye betul dah setahun. Orang lain baby lahir terus pi bukak akaun. Nampak sangat umi dia suka tangguh kerja hihi. Bukanlah berniat nak tangguh buka akaun tabung haji medina, tapi banyak masalah. 
Yang kanan tu buku lama, yang kiri buku baru. Buku lama kena gunting bucu haha.
Nak buka akaun untuk anak, ibu bapa mesti lah dah ada akaun tabung haji sendiri. Salah seorang sahaja ada akaun dah cukup. 

Dulu masa medina baru lahir memang kami nak buka akaun untuk medina. Nak simpan duit yang dihulur masa orang datang melawat. Tapi sampai je di bank, baru kami dapat tahu yang akaun ibu bapa kena atas nama sendiri. Masalahnya, akaun hubby atas nama abah dia. Akaun farah pula farah tak tahu status. Wujud ke tak, atas nama siapa.

Jadi, tak dapat lah buat akaun tabung haji medina masa tu. Balik rumah dulu cari buku akaun hubby sebab rumah farah jauh sangat. Lepas cari, tertangguh kat situ lah prosesnya. Sebab hubby perlu ke bank dengan abah dia untuk tukar nama. Nak kena cari masa pula.

Sampai lah beberapa bulan lepas semasa balik kampung, farah minta buku bank tabung haji farah dengan ummi farah. Bila tengok nama di buku, memang nama farah. Maksudnya tak perlu ke bank dengan ummi untuk tukar nama.
Minggu ni ke tabung haji untuk cek status bank tabung haji farah. Rupanya dah mati haha. Kali terakhir transaksi masa buka akaun, 2004. Dah 13 tahun. Kalau lebih 7 tahun tak ada aktiviti akaun akan mati.

Jadi farah kena isi borang balik dan buka akaun baru. Duit yang asal di akaun lama akan di masukkan ke akaun baru. Selepas selesai urusan akaun farah barulah boleh uruskan akaun medina.

Nak buka akaun tabung haji kena ke bank rakyat atau bank islam kalau di sini. Kalau di tempat lain, farah tak pasti. Kami pilih ke bank rakyat, sebab dah biasa berurusan di sana.

Urusan tak susah dan tak lama sebab hubby dah isikan borang siap-siap sebelum ke bank. Tak sampai setengah jam dah siap. Tapi kami lupa kira jumlah duit medina ada berapa. Dah la duit seringgit banyak. Nak kira kat situ memang tak sempat. Hulur kat pegawai di kaunter tu cakap nak masukkan semua. Tawakkal je lah. Dalam hati doa semoga orang tak songlap duit haha. Eh, ade tau orang cerita pernah kena tipu. Nauzubillahiminzalik.

Bila dah selesai buka akun ni lega sikit rasa. Tak perlu fikir dah. Sape suruh tangguh kerja setahun? Hihi.

3 comments:

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign